24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
PUCHONG: Enam pelajar antara sembilan yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat judi Internet yang beroperasi di Taman Wawasan dalam Ops Dadu, malam kelmarin.
Serbuan jam 11 malam itu dilakukan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya merampas 86 mesin judi dan wang tunai RM600.
Difahamkan ketika serbuan dibuat, tiga penjaga pusat judi berkenaan yang berada di kaunter bayaran berlari masuk ke sebuah bilik untuk menutup modem komputer digunakan untuk berjudi, namun gagal.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, seramai 34 pelanggan berusia 20 hingga 40 tahun berada di dalam premis berkenaan dengan sembilan daripadanya sedang bermain judi dan baki 25 lagi menggunakan perkhidmatan Internet.
Beliau berkata, enam pelajar ditahan kerana bawah umur dan akan disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bersama tiga yang lain.
“Tiga penjaga pusat judi yang ditahan berusia 30-an itu adalah warga Myanmar dan memiliki kad UNCHR akan dirujuk ke Jabatan Imigresen,” katanya.
Menurutnya, pusat judi yang pernah beroperasi sejak awal tahun ini sudah dua kali disita Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), namun masih meneruskan perniagaan.
Katanya, siasatan awal mendapati pemilik mampu mengutip pendapatan harian antara RM3,000 hingga RM5,000 daripada pelanggan yang terdiri daripada pelbagai jantina, bangsa dan peringkat umur.
“Mereka turut menjalankan cabutan bertuah kepada pelanggan tetap,” katanya.
Serbuan diketuai Pegawai Operasi D7 IPD Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa bersama Ketua Balai Puchong Inspektor Hailmizil Azam Nordin dengan dibantu 10 anggota.
Katanya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 4B (A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan melebihi RM100,000 bagi setiap mesin perjudian dirampas dan penjara tidak lebih lima tahun.
metro/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan