17 Februari 2012

DAP: K'jaan manipulasi undang-undang untuk 'halal' hutang

24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

DAP menyalahkan kerajaan BN terhadap peningkatan tahap hutang negara kerana menaikkan siling pinjaman berkanun "beberapa kali" untuk "menghalalkan" hutang.

Setiausaha publisiti DAP kebangsaan, Tony Pua mengecam kerajaan kerana mengubahsuai siling itu "dengan sewenang-wenangnya sepanjang dekad yang lalu, menjadikan siling hutang undang-undang tidak bermakna".

Oleh itu, katanya, hutang kerajaan sebanyak 53.8 peratus daripada KDNK seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ekonomi 2011/2 di bawah siling pinjaman berkanun 55 peratus, adalah ekoran hasil "manipulasi kreatif" kerajaan.

"Apa yang membimbangkan ialah hakikat bahawa 'siling pinjaman berkanun' sebenarnya telah dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan BN sepanjang dekad yang lalu untuk 'menghalalkan' tahap hutang kerajaan persekutuan yang telah meningkat pada kadar yang lebih cepat daripada KDNK kita."

Siling pinjaman berkanun 55 peratus hanya berkuatkuasa pada bulan Julai 2009 atas arahan Menteri Kewangan kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah.

azlan"Sebelum had semakan itu, had berkenaan ditetapkan pada 45
peratus pada bulan Jun 2008, kira-kira 13 bulan sebelumnya, oleh Menteri Kewangan kedua ketika itu, Tan Sri Nor Md Yakcop," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah bahawa had itu dinaikkan kepada 40 peratus lima tahun sebelum itu, oleh Menteri Kewangan kedua ketika itu, Datuk Jamaluddin Jarjis.

"Oleh itu siling pinjaman berkanun kita telah dinaikkan sebanyak 15 peratus daripada KDNK kita hanya dalam masa enam tahun.

"Persoalannya ialah jika siling berulang kali dinaikkan dengan sikap acuh tak acuh itu, jadi apa perlunya untuk kerajaan menetapkan hadnya?" kata Pua, yang juga PJ Utara MP.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: