24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Menginsafi akan keadaan semasa yang semakin kompleks dengan isu-isu semasa berkaitan interaksi antara orang Islam dan bukan Islam, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) ingin mengesyorkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membangunkan sebuah Garis Panduan Fiqh Interaksi Orang Islam dan Bukan Islam di Malaysia.
PUM berpandangan usaha untuk membangunkan Garis Panduan Fiqh Interaksi Orang Islam dan Bukan Islam di Malaysia yang menyeluruh dalam bidang ini adalah amat mustahak dan perlu dilakukan dengan segera sebagai manhaj dan jalan penyelesaian kepada isu-isu agama yang berbangkit dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Antara isu yang berbangkit di negara ini bukan setakat isu sambutan perayaan agama masyarakat majmuk tetapi mencakupi isu-isu lain dalam aspek hukum, sosial, ekonomi, pentadbiran dan sebagainya.
Sudah tentulah setelah diperakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Garis Panduan tersebut akan menjadi rujukan rasmi seluruh pihak dalam negara untuk menangani isu-isu yang menyentuh isu agama dan hubungan antara agama.
PUM juga percaya dengan terbinanya dokumen lengkap ini, sudah tentulah masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia tidak akan terkeliru dengan sebarang maklumat dan jawapan yang tidak mempunyai autoriti dalam agama Islam. Sebaliknya, pandangan yang telah dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam Garis Panduan tersebut akan menjadi pandangan rasmi negara.
Selain itu, Garis Panduan tersebut juga akan menzahirkan agama Islam sebagai sebuah ajaran yang mempromosikan nilai keindahan Islam disamping nilai keadilan, kedamaian, perpaduan dan keharmonian. Dasar ini adalah selaras dengan firman Allah dalam surah al-Anbiyak ayat 107 dan surah al-Mumtahanah ayat 8:“dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”
(Surah al-Anbiyak: 107)
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
(Surah al-Mumtahanah:8)
PUM mengambil maklum buat masa ini sudah ada beberapa Garis Panduan berkaitan yang telah dikeluarkan oleh Jakim seperti Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, walaubagaimanapun, PUM amat mengharapkan keseluruhan garis panduan dalam tema yang pelbagai ini disatukan dan diperbahaskan dengan lebih menyeluruh dan dikemaskini selaras dengan konteks semasa.
PUM amat yakin dan percaya, Garis Panduan tersebut juga akan menjadi medium pengukuhan persefahaman di antara masyarakat Islam dan bukan Islam berteraskan nilai ilmu dan fakta.
Berteraskan kepakaran yang ada, PUM bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Malaysia khususnya membantu pihak Jakim untuk memperincikan perkara-perkara yang berbangkit dalam isu yang dicadangkan ini.
Sekian, terima kasih.
Dr Mohd Roslan ialah Setiausaha Agung PUM.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan