24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
PENAGA - Tujuh naskhah al-Quran dan beberapa naskhah muqaddam yang ditemui dua penjala ikan terendam air dalam bungkusan yang dihanyutkan di dalam Sungai Muda tengah hari kelmarin diambil oleh Kementerian Dalam Negeri untuk dilupuskan semalam.
Ketua Unit Penguatkuasa, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kementerian itu yang berpejabat di Butterworth, Tengku Rohani Tengku Yusoff mengetuai empat kakitangannya berjumpa dengan Salleh Din, 74, yang menyimpan sementara kitab suci itu sebaik ditemui oleh anak dan cucunya ketika keluar menjala ikan tengah hari kelmarin.
Tengku Rohani berkata, pihaknya bertanggung jawab mengumpul kitab suci yang dibuang, ditemui atau rosak untuk dilupuskan dengan cara yang dibenarkan oleh syarak bagi mengelak tercemar kemuliaannya.
“Siasatan awal mendapati kitab suci itu memang hendak dilupuskan oleh pemiliknya dengan cara menghanyutkannya ke dalam sungai berkenaan.
“Ini berdasarkan cara pembungkusannya yang menunjukkan pelakunya masih menunjukkan tanda ‘menghormati’ kemuliaan kitab suci itu biarpun niatnya tidak mahu lagi menggunakannya,” katanya.
Menurut Tengku Rohani, selain menemui naskhah al-Quran Rasm Uthmani, terdapat beberapa naskah yang bertulisan Ilmie yang menunjukkan ianya adalah naskhah lama.
“Semua al-Quran dan muqaddam yang ditemui itu masih elok tulisannya dan boleh dibaca tetapi mengalami sedikit kesan koyakan kerana lama terendam air.
“Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk terutamanya Salleh Din dan Ridzuan Othman yang mengambil tindakan memungut dan menjemurnya selepas ditemui sebelum menghubungi kita untuk menyerahkannya bagi tujuan pelupusan,” katanya.
Naskhah al-Quran dan muqaddam itu ditemui oleh anak Salleh, Yusri, 37, dan cucunya, Azman Abd Halim, 22,ketika menjala ikan di sungai berkenaan tengah hari kelmarin.
Penemuan bungkusan itu mengejutkan dua saudara berkenaan yang menyangka ianya berisi mayat namun sebaik dibuka ianya didapati mengandungi tujuh naskhah al-Quran dan beberapa naskhah muqaddam yang rosak terendam air.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan