24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
TEHERAN - Iran telah melangkah setapak lagi dalam program nuklearnya selepas Presiden Mahmoud Ahmadinejad mengumumkan perkembangan projek pertama melibatkan pengayaan uranium yang dihasilkan sendiri oleh negara itu, sekali gus meningkatkan lagi tekanan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).
Rakaman dari stesen televisyen tempatan menunjukkan Ahmadinejad memasukkan rod bahan bakar pertama buatan Iran di pusat kemudahan nuklear Natanz untuk menguji tindak balasnya sambil diberi taklimat oleh beberapa saintis.
“Iran telah menambah 3,000 pengempar lebih canggih untuk projek pengayaan uranium ini dan kini terdapat 9,000 mesin yang beroperasi. Projek tersebut telah mencapai kemajuan sebanyak 20 peratus setakat ini,” menurut Ahmadinejad.
Difahamkan, menerusi pengumuman itu, Teheran berhasrat untuk mendedahkan kepada negara antarabangsa bahawa matlamat sebenar program nuklearnya adalah untuk tujuan keamanan dan bukan digunakan bagi pembangunan senjata nuklear seperti yang didakwa AS dan Israel sebelum ini.
Usaha negara Barat untuk melumpuhkan ekonomi Iran dengan mengenakan pelbagai sekatan dilihat tidak berjaya menghentikan usaha kerajaan tersebut untuk meneruskan program nuklearnya walaupun AS dan sekutu kuatnya, Israel mengancam untuk mengambil tindakan ketenteraan ke atas negara itu.
sina harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan