24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita melahirkan anak dalam bilik air wad kanak-kanak Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, tanpa meminta bantuan kakitangan hospital sehingga menyebabkan bayi perempuannya meninggal dunia, semalam.
Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam kolah tidak berair kira-kira jam 12.30 tengah hari oleh seorang tukang cuci ketika membersihkan darah dalam bilik air berkenaan.
Ibu bayi itu yang berusia 20-an menghilangkan diri ketika mayat ditemui. Polis masih menyiasat kejadian berkenaan serta punca wanita itu tidak memin- ta bantuan jururawat, sedangkan dia sudah berada di hospital.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Baharudin Mustapha, berkata seorang doktor bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu.
“Mayat bayi itu dalam keadaan sempurna dan tali pusatnya belum dipotong," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Baharudin berkata, siasatan awal mendapati jururawat mendakwa melihat seorang wanita dalam keadaan pucat keluar dari tandas berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi.
“Jururawat berkenaan tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah tukang cuci menemui mayat bayi perempuan itu lima jam kemudian," katanya.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
berita harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan