17 Februari 2012

Mangsa radiasi Perak sokong himpunan anti-Lynas

24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Satu NGO anti pencemaran radiasi Perak akan mengadakan perhimpunan di tapak penapisan nadir bumi Asian Rare Earth (ARE) di negeri itu sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Hijau 2.0.

Perak Anti Radioactive Committee akan mengadakan perhimpunan itu pada 26 Februari di Bukit Merah, Perak, serentak dengan Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Gebeng, Kuantan.

Pengerusi NGO itu, Hew Yun Tat memberitahu Malaysiakini bahawa perhimpunan itu akan dijalankan di Perak kerana pengikutnya sukar untuk menyertai perhimpunan anti-Lynas di Gebeng itu.

Tapak ARE – yang kini ditutup sejak dua dekad lalu – menjadi tumpuan kepada salah satu operasi pembersihan radioaktif terbesar di Asia Tenggara.

Penduduk di kawasan itu mendawak masih mengalami kesan radiasi daripada tapak tersebut, termasuk leukaemia dan kecacatan bayi ketika kelahiran.

ARE yang ditubuhkan untuk mendapatkan nadir bumi daripada amang bijih timah, sering ditimbulkan dalam kempen anti-Lynas peringatan kepada kesan yang boleh timbul daripada perusahaan nadir bumi.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: