27 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
ALOR GAJAH – Seorang buruh binaan, Andi Sudarno Imron, 52, ditemui mati dalam keadaan mengiring sambil tangan memegang bahagian perut dipercayai mengalami sakit perut sejak beberapa hari lalu di rumahnya di Taman Pisang Emas Jaya, Gadek, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.
Keadaan itu disedari anak angkat mangsa, Mohd Fitri Abd Kadir, 18, yang datang ke rumahnya untuk menjemputnya makan tengah hari.
Mohd Fitri berkata, ketika kejadian, dia datang ke rumah ayah angkatnya seorang diri untuk menjemputnya makan tengah hari selain menjenguk keadaannya yang mendakwa sakit perut sejak dua hari lalu.
“Saya datang hendak hantarkan makanan tengah hari kepada Wak dan menjenguk keadaan Wak kerana sudah dua hari mengadu sakit perut tetapi sebaik saya buka pintu rumah, Wak sudah terbaring di atas lantai rumah dalam keadaan kaku dan seluruh anggota badannya sejuk apabila saya menyentuhnya. Selepas itu, saya terus hubungi rakan yang rapat dengan Wak dan pihak polis,” katanya.
Menurutnya, dia akan datang menjenguk bapa angkatnya itu setiap hari selepas selesai membantu bapanya berniaga di kedai runcit berdekatan taman berkenaan.
“Pada malam sebelum kejadian ini, saya ada datang ke rumah Wak untuk melihat keadaannya selepas selesai membantu ayah berniaga di kedai runcit dan Wak mengadu sakit perut,” katanya.
Katanya, sebelum itu, dia dan rakan-rakannya sempat mengajak ayah angkatnya bersiar-siar di Pantai Tanjung Bidara untuk meraikan ulang tahun hari lahirnya. Namun, ayah angkatnya tidak menunjukkan sebarang perubahan cuma mengadu sakit perut dan enggan menjalani pemeriksaan di hospital.
“Setiap kali Wak mengadu sakit perut, saya dan rakan-rakan akan meminta Wak melakukan pemeriksaan di hospital, namun Wak enggan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, berdasarkan maklumat daripada jiran terdekat dan rakan mangsa, dia sudah tinggal di rumah berkenaan sejak setahun lalu.
Menurutnya, mangsa juga mempunyai seorang isteri yang tinggal di Kuala Lumpur bersama anak mereka dan sudah menetap di negara ini sejak lima tahun lalu.
“Berdasarkan siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur khianat atau jenayah ditemui berikutan penemuan mayat mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan pewaris diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5562222 untuk membantu siasatan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan