26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
SIKAP tidak profesional dipamerkan penyerang import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona mengundang perasaan kurang senang Azraai Khor Abdullah. Jurulatih skuad Jang itu mahu Owona berubah sikap dan mampu mengawal emosi dalam padang selepas ini.
“Dia perlu menerapkan unsur nilai murni kepada rakan sepasukan dan bukan bertindak sedemikian. Saya sudah memberi teguran kepada Owona dan berharap dia tidak mengulangi perbuatan itu pada masa depan,” katanya.
Ketua Jurulatih Negeri Sembilan itu berharap, Owona menjaga tingkah lakunya dalam padang dan menunjukkan sikap profesional tinggi sebagai pemain bola sepak.
“Insiden itu di luar kawalan kami, namun sebagai pemain import, Owona perlu bersikap profesional. Dia harus menerapkan nilai-nilai murni kepada pemain tempatan dan bukannya bertindak melulu.
“Saya juga mengarahkan Owona segera ke bilik persalinan bagi meredakan ketegangan,” katanya yang begitu mementingkan semangat kesukanan dalam padang.
Sebelum itu, skuad Rusa mengecewakan Kedah selepas melakar kemenangan 2-1, meskipun turun tanpa khidmat Norhafiz Zamani Misbah, Muzaki Abu Bakar dan Shukor Adan.
“Saya mengaplikasikan pemain sedia ada dan hasilnya tidak menghampakan saya,” kata jurulatih berasal Kedah yang memiliki kepakaran dalam aspek taktikal perlawanan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan