26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
PENGENDALI Terengganu, Mat Zan Mat Aris mahu pemainnya memperbaiki corak permainan, walaupun merakam kemenangan besar 6-3 mengatasi Sabah dalam saingan Liga Super di Kuala Terengganu, kelmarin.
Menurutnya, kelebihan tiga jaringan tanpa balas dimiliki skuad pimpinannya pada 15 minit pertama dipersia-siakan begitu sahaja akibat sikap ambil mudah pemain.
“Kita mendahului 3-0, namun Sabah berjaya merapatkan defisit kepada 4-3 selepas itu. Malah, terdapat pemain terkeluar dari posisi asal masing-masing.
“Mujur, mereka segera memperbetulkan keadaan dan akhirnya tiga mata dalam genggaman,” katanya yang menggesa pemain Penyu memantapkan kembali posisi bahagian tengah yang agak longgar.
Jurulatih berusia 54 tahun itu juga memuji persembahan awang import dari Liberia, Francis Forkey yang mencipta hatrik pada perlawanan tersebut.
“Banyak peluang terhidang dimanfaatkan begitu bergaya oleh Doe. Tetapi, dia bakal terlepas pertembungan menentang Johor FC pada 31 Mac ini selepas mengutip tiga kad kuning,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Kini, kedudukan dua tangga teratas saingan liga dikuasai pasukan dari Pantai Timur dan skuad Peteh hanya ketinggalan tiga mata berbanding pendahulu, Kelantan yang mengumpul 23 mata.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan