19 Mac 2012

PSC untuk sekat momentum anti Lynas

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Mac: PAS menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk mengkaji kes Lynas hanya untuk halang kebangkitan rakyat.

AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohd Omar dalam kenyataannya berkata, ini adalah cara Kerajaan dibawah Datuk Seri Najib untuk menghalang kebangkitan rakyat menentang Lynas dengan memberi harapan kononya kerajaan BN bersedia mendengar pandangan orang ramai (rakyat)

Ini kerana, katanya, selama ini berbagai cadangan dan pandangan rakyat tidak dipedulikan sehingga berlaku Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Feb 2012 yang berjaya menghimpunan rakyat lebih 25,000 rakyat di Kuantan.

"Terdapat pandangan menyatakan bahawa ini salah cara BN melewat-lewatkan dan melambatkan pergerakan anti lynas sehingga PRU 13 Selesai," tambah beliau.

Najib mengumumkan keputusan kabinet untuk menubuhkan PSC Lynas bagi mengkaji projek itu.

Namun, beliau juga berkata, cadangan PSC ini tidak muktamad di mana ia boleh diatasi oleh kerajaan.

"Kes ini juga telah dibawa ke mahkamah dan sebutan kali kedua di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

"Jelas dimana ianya mainan panggung wayang bagi membuktikan BN terbuka dan prihatin terhadap rakyat Malaysia," katanya Zulkifly yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.

Menurut beliau, bagi membuktikan rakyat benci dan muak dengan sandiwara BN maka rakyat menolak Kilang Lynas dan akan bersatu di seluruh negara secara serentak dalam himpunan secara aman pada 13 April nanti.

Harakah Daily

Tiada ulasan: