26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
BANDAR TUN RAZAK – Seorang wanita hanya sempat menyelamatkan tiga ahli keluarganya dalam kejadian kebakaran membabitkan dua rumah di Matau, di sini, malam semalam selepas terdengar letupan kecil yang mengejutkannya ketika sedang tidur.
Wanita itu, Nor Azura Rosmadi, 22, bagaimanapun terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan dokumen dan barangan penting berikutan api merebak dengan cepat, sekali gus memusnahkan rumahnya.
“Saya terjaga apabila terdengar bunyi letupan kecil di bilik sebelah. Saya kejutkan suami untuk memastikan apa yang terjadi. Apabila suami memberitahu ada kebakaran, saya dan suami bergegas menyelamatkan dua anak kami tanpa sempat mencapai apa-apa barangan penting kerana api marak dengan cepat,” katanya.
Sinar Harian diberitahu, kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 12 tengah malam itu turut merebak ke rumah adik-beradiknya yang terletak di bahagian depan.
Kakak iparnya, Rohani Mohd Rais, 35, yang tinggal di rumah hadapan terbabit juga sedang tidur ketika kejadian.
“Saya dikejutkan anak yang menyedari kejadian itu, selain terdengar bunyi bising di luar. Tanpa berfikir panjang, kami terus berlari keluar tetapi sempat juga mencapai beberapa barangan penting,” katanya.
Jiran mereka, Mohd Norhaizam Mohd Saharani, 13, turut menceritakan detik cemas tersebut.
“Ketika itu saya sedang bermain permainan video. Pada mulanya saya terdengar bunyi letupan kecil disusuli letupan lebih kuat pada kali kedua. Tidak lama selepas itu, saya dengar orang mengetuk pintu dan tingkap belakang rumah. Ibu mengarahkan saya menyelamatkan diri dan mengambil barang-barang penting kerana diberitahu rumah jiran kami terbakar,” katanya.
Mohd Norhaizam bagaimanapun bersyukur kerana api tidak merebak ke rumahnya kerana tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran itu.
“Nasib baik bomba datang awal, kalau tidak saya tidak tahu apa pula akan terjadi kepada kami sekeluarga,” katanya.
Pegawai Operasi Bomba Bandar Tun Razak Jengka, Roslan Abu Talib berkata, operasi membabitkan seramai 13 anggota bomba dengan kekuatan dua jentera tersebut berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 20 minit.
“Kebakaran itu berkemungkinan berpunca daripada bahagian dapur rumah belakang. Kami masih melakukan siasatan, namun kebakaran terbabit dipercayai berpunca daripada litar pintas,” katanya.
Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Krau, Mohammad Razali Mamat dan Penghulu Mukim Chenor, Khairul Amin Osman turut bergegas ke tempat kejadian selepas mengetahui mengenai kebakaran itu.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan