25 April 2012

Annan khuatir konflik Syria berterusan, kematian meningkat

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

NEW YORK - Kerajaan Syria didakwa gagal menarik balik senjata-senjata berat dari kawasan konflik, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa pelan damai yang diusahakan Utusan Khas PBB dan Liga Arab, Kofi Annan akan berhadapan dengan kegagalan.

Syria masih menyaksikan keganasan yang berterusan meskipun pasukan pemantau awal sudah pun berada di negara itu sejak minggu lalu.

Dalam taklimat kepada Majlis Keselamatan secara tertutup semalam, Annan dipetik berkata, beliau bimbang dengan keganasan baru di sebalik kehadiran pemantau-pemantau PBB.

Aktivis mendakwa 70 orang terbunuh kelmarin, kebanyakan di bandar Hama.

PBB mahu menambah pasukan pemantau kepada 300 orang.

Annan berkata, keseluruhan situasi di Syria bercanggah dengan kehendak masyarakat antarabangsa.

Sinar Harian

Tiada ulasan: