3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
PENGGEMPUR berbisa Real Madrid, Cristiano Ronaldo mendedahkan dirinya tetap merindui bekas kelab, Manchester United dan akui masih berhubung baik dengan Sir Alex Ferguson.
Ronaldo menghabiskan masa enam tahun di Old Trafford sebelum mengambil keputusan berhijrah ke gergasi Sepanyol pada 2009 yang memecah rekod pembelian paling tinggi iaitu sebanyak RM396 juta.
“Kadang-kadang saya masih bercakap dengan Alex. Saya menganggap pemain United seperti keluarga sendiri.
“Saya juga mempunyai hubungan baik bersama Rio Ferdinand, Nani, Anderson dan Patrice Evra,” katanya yang sudah meledak 40 jaringan di saingan La Liga musim ini.
Ronaldo juga menjaringkan gol kemenangan pada pertemuan El Clasico menentang Barcelona Ahad lepas dan kini memimpin Madrid dalam pemburuan mengejar kejuaraan liga buat pertama kali sejak 2008.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan