25 April 2012

Chong Wei harus lebih berhati-hati

3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Datuk Lee Chong Wei yang menjadikan pentas Siri Super Terbuka India sebagai medan ujian untuk menilai pemulihan kecederaan bahu kananya itu, tidak di sokong oleh bekas pemain Kebangsaan, Jalani Sidek.

Sebaliknya, beliau beranggapan Chong Wei seharusnya lebih berhati-hati serta mendapatkan rehat secukupnya dalam memastikan kecederaannya itu pulih seratus peratus bagi menjamin peluang beliau untuk beraksi di sukan Olimpik nanti

"Pada pendapat saya, Chong Wei tidak perlulah beraksi, sebaliknya hanya bagi tumpuan kepada kejohanan Olimpik yang lebih penting kepada negara dalam memastikan misi meraih emas pertama di London akan tercapai," kata Jalani.

Chong Wei yang sembuh daripada kecederaan bahu kanan bulan lalu membuat keputusan untuk beraksi di Siri Super Terbuka India yang bermula semalam serta Kejohanan GP Emas Terbuka Malaysia sebelum mengambil bahagian dalam Piala Thomas Mei nanti.

Bagaimanapun bagi Jalani, beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang keputusan Chong Wei daripada beraksi, sekiranya pemain berusia 29 tahun itu sudah nekad untuk bermain.

"Keputusan terletak ditangan Chong Wei, kerana dia yang mengalami kecederaan, jadi sekiranya Chong Wei yakin dengan kemampuanya untuk beraksi, terpulang lah.

"Lagipun, saya tahu dia lebih arif tentang tahap pemulihan kecederaannya itu, dan saya yakin keputusannya untuk beraksi adalah satu keputusan yang bijak," kata Jalani kepada Sinar Harian Online semalam.

Pada masa sama, ketika ditanya kemampuan skuad badmintan dalam merampas kembali Piala Thomas Mei nanti, beliau berkata, melihat prestasi pemain yang masih terumbang ambing mungkin akan memberi sedikit kesulitan kepada kem negara dalam memenangi Piala tersebut.

"Sebenarnya bukan mudah untuk memenangi Piala Thomas lebih-lebih lagi mempunyai saingan hebat daripada negara lain terutamanta China dan Korea.

"Jika atas kertas, memang mustahil untuk kita menang, namun itu semua bergantung kepada pemain kerana kalau mempunyai semangat juang yang tinggi, insyallah kita boleh pergi ke peringkat akhir nanti ," katanya lagi.

SKUAD Piala Thomas negara berdepan ujian getir pada kejohanan yang akan berlangsung Mei ini, selepas diundi dalam Kumpulan C bersama naib juara lapan kali, Denmark serta Afrika Selatan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: