3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
JELI – Seorang peniaga sayur terpaksa berputih mata apabila beg tangannya dicuri ketika membeli kad nilai pra bayar telefon bimbit dekat kedai telekomunikasi jam 12 tengah hari kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa, Nik Nor Aimah Nik Yusuf, 52, yang berasal dari Kampung Lubok Bonggor kerugian kerugian hampir RM100 serta pelbagai dokumen penting yang dilarikan oleh tiga suspek yang menaiki kereta jenis Naza Citra berwarna hitam.
Aimah berkata, kejadian berlaku sangat pantas dan dia hanya mampu melihat salah seorang suspek melarikan beg tangan yang diletakkan di sebelahnya ketika itu.
“Ketika berada di kedai terbabit sebuah kereta jenis Naza citra yang dinaiki tiga suspek yang tidak dikenali tiba-tiba berhenti lalu mengambil beg tangan saya dan melarikan diri. Nasib baik wang dalam beg tidak banyak hanya RM70 tetapi ia digunakan sebagai perbelanjaan harian untuk persekolahan anak hasil jualan sayur, saya memang terkejut kerana ia kali pertama berlaku,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintenden Sheik Azhar Sheik Omar mengesahkan ada menerima berikutan kejadian tersebut.
Sheik Azhar berkata, hasil maklumat orang awam dan bantuan Skim Rondaan Sukarela( SRS), polis berjaya mengesan dan menahan tiga suspek terbabit ketika mereka sedang makan di sebuah kedai makan dekat Batu Gajah, Tanah Merah kira-kira jam 3 petang.
“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui semula kenderaan yang dinaiki suspek, barangan yang dicuri, sebilah parang dan nombor plat palsu turut ada dalam MPV tersebut.
Ketiga-tiga suspek yang berusia 24 hingga 29 tahun tersebut direman empat hari bermula semalam dan didakwa mengikut seksyen 379 Kanun Keseksaan. Seorang daripada tiga suspek terbabit mempunyai enam rekod jenayah lampau dan mereka masing-masing berasal dari Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan