3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
BUKIT MERTAJAM – Suspek kes langgar lari yang menyebabkan kematian seorang anggota polis dari Balai Machang Bubok, dekat Permatang Tinggi, 12 April lalu, berjaya ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab Lah berkata, lelaki yang dikenali sebagai Muhamad Rizal Zainol Rashid, 38, itu ditahan di Kulim, Kedah, 21 April lalu.
“Kita membuat serbuan ke atas rumahnya di Lunas pada malam kejadian (12 April), dan menahan kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu ketika kejadian, namun, suspek tiada di rumah, dipercayai melarikan diri sebelum polis tiba.
“Bagaimanapun, hasil usaha dan bantuan orang awam, akhirnya suspek berjaya ditahan Sabtu lepas,” katanya.
Azman berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu hingga menyebabkan kematian.
Katanya, suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian.
Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya kini sedang berusaha untuk mengesan seorang lagi lelaki, dipercayai kenalan suspek dan dikenali sebagai Sham yang turut sama berada di dalam kenderaan berkenaan pada malam kejadian.
Menurutnya, mereka yang mempunyai maklumat dirayu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik SPT, Inspektor Azwan Kamarudin di talian 012-2651045.
Terdahulu, seorang anggota polis berpangkat Konstabel maut digilis lori selepas motosikal yang ditunggangi terbabas ketika menjalankan tugas, dalam satu kejadian, dekat Permatang Tinggi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 malam, ketika mangsa, Nan Ruazlan Zulkefle, 23, yang baru enam bulan bertugas di Balai Polis Machang Bubok itu cuba memintas sebuah kereta untuk diperiksa, selepas mendapati kereta tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan