3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SELEPAS dihujani pelbagai isu, dan terkini kedudukan ranking yang dipandang sebelah mata pihak tertentu, Harimau Malaya perlu membuktikan kesungguhan menentang Sri Lanka pada siri perlawanan persahabatan antarabangsa, di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Pengurus Pasukan Datuk Seri Subahan Kamal berkata, berdepan Sri Lanka,pasukan yang menghuni kedudukan 181 dunia tidak boleh dipandang rendah.
Tegsnya, pasukan Asia Selatan itu bukan calang-calang lawan yang boleh diambil ringan dan pasukan negara perlu waspada segala kemungkinan.
“Pasukan negara perlu menang besar. Di atas kertas kelebihan pada Harimau Malaya. Jadi gunakan kesempatan bertemu Sri Lanka sebaiknya dan ini peluang baiki ranking dunia.
“Barisan pemain kali ini cukup mantap walaupun tidak menyenaraikan pemain Kelantan dan Terengganu yang memiliki sebahagian besar pemain kebangsaan.
“Saya cukup yakin dengan kehadiran kapten Pelita Jaya, Safee Sali dan pemain tengah Red Giants Safiq Rahim, mereka mampu bantu gegar gawang lawan,” katanya perlawanan persahabatan penting sebagai persediaan Piala AFF pada 24 November hingga 22 Disember 2012.
Mengulas mengenai ranking, Subahan berkata, ia tidak mencerminkan prestasi pasukan. Bagaimanapun perlawanan menentang Sri Lanka amat penting dalam usaha menaikkan kedudukan pasukan bola sepak yang kini menghuni tangga 156 dunia.
“Ranking bukannya tidak penting tetapi ia hanya angka yang diletakkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).
“Bola sepak zaman sekarang tidak sama dengan zaman dahulu. Kalau hendak dibanding dengan pasukan negara lain seperti Filipina (148), Thailand (141) dan Vietnam (97), ranking mereka lebih tinggi.
“Tetapi pada perlawanan Piala AFF dua tahun lepas, siapa juara? Siapa kalahkan mereka kalau bukan Harimau Malaya,” katanya.
Selepas ini, skuad pimpinan Datuk K Rajagobal dijadual bertemu Singapura pada Jun dan Iraq September akan datang selain berkampung sama ada di China atau Australia sebelum pembukaan Piala AFF 2012.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan