3 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
AYER KEROH - Seorang orang kelainan upaya (OKU) dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam atas dua pertuduhan memiliki dan menghisap dadah, bulan lalu.
Tertuduh, Rosli Md Isa, 45, yang tempang kaki dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif pada hari sebutan semula semalam.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didapati memiliki dadah berbahaya heroin dan monoacetylmorphines dengan berat bersih 1.45 gram di sebuah rumah kira-kira 7.30 malam pada 4 Mac 2012.
Bagi pertuduhan kedua, Rosli didapati memberikan kepada diri sendiri dadah jenis morfin kira-kira 7.55 malam pada hari sama.
Tertuduh diwakili Pelatih Dalam Kamar dari Pusat Bantuan Guaman, Majlis Peguam negeri memohon mahkamah memberikan hukuman ringan terhadap tertuduh yang memiliki kad OKU .
Agency

Tiada ulasan:
Catat Ulasan