1 Rejab 1433H. [MOD] -
ENGGAN tertekan dengan tanggapan segelintir pihak mengenai prestasi skuad hoki kebangsaan yang gagal layak ke Olimpik London, pasukan kendalian Tan Beng Hai tetap optimis terutamanya penubuhan pasukan baru berdepan saingan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), bermula Khamis ini.
Realistik dengan pasukan yang bertanding, Beng Hai menyifatkan gandingan pemain baru dan lama mampu menampilkan mutu permainan dan persembahan berbeza untuk saingan edisi ke-12 ini.
“Memang jika dibandingkan dengan pasukan lain, kami bukan skuad pilihan. Tetapi tidak mustahil untuk menang jika semua pemain bersungguh-sungguh bagi mencipta kemenangan.
“Kita sudah melakukan persediaan sebaik mungkin dan saya harap mereka gunakan medan ini untuk mengubat kekecewaan di kelayakan Olimpik di Dublin, Mac lalu,” katanya yang mengakui pemilihan pemain turut dinilai berdasarkan prestasi pada perlawanan persahabatan dengan New Zealand, kelmarin.
Difahamkan lapan pemain remaja dipanggil menyertai kem latihan skuad senior termasuklah adik beradik, Faizal dan Fitri Saari, Firhan Ashaari, Mohd Faiz Helmi, Nor Izzat Sumantri, Mohamed Ramadhan Rosli, Noor Faeez Ibrahim serta Amir Farid.
“Namun bukan semua akan mengisi senarai utama pemain, kerana kita masih perlu melihat kekosongan dan kesihatan pemain senior terlebih dahulu,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan