1 Rejab 1433H. [MOD] -
Pemain Sepanyol, Rafeal Nadal nyata tidak perlu berhempas pulas untuk mempertahankan gelaran kali keenam di kejohanan Tenis Terbuka Itali 2012, semalam.
Nadal yang tampil cemerlang mudah menjinakkan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dalam straight set 7-5, 6-3 untuk mengenggam kejuraan itu pada tahun ini.
Tampil selaku pemain bukan pilihan, Nadal membuktikan dirinya masih hebat walaupun ranking pesaingnya lebih baik berbanding beliau.
"Untuk menewaskan Djokovic, kita perlukan mental yang kuat kerana beliau seorang pemain yang hebat.
"Namun saya berjaya mengekalkan tahap momentum saya untuk mencipta kejutan ke atas pemain nombor satu dunia itu," kata Nadal.
Sementara itu, bagi Djokovic, kesilapan yang dilakukan oleh beliau pada perlawanan itu antara punca kekalahannya kepada Nadal.
"Saya telah banyak membuat kesilapan sehingga Nadal mengambil kesempatan untuk memungut mata.
“Tanpa rasa ragu-ragu saya mengakui perlawanan ini amat mengecewakan. Saya rasa Nadal lebih layak untuk menang kejohanan ini dan saya harapkan dia berjaya sepanjang kariernya,” katanya.
Tambah Djokovic “Nadal bukan sahaja pemain yang baik, tetapi sebagai seorang kawan,” tegasnya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan