1 Rejab 1433H. [MOD] -
PASIR MAS– Seorang bapa meninggal dunia, sebelum sempat mendapatkan kad pengenalan (MyKad) untuk tiga anaknya, di Kampung Bechah Palas Hulu.
Arwah Che Abdul Aziz Ibrahim, meninggal dunia tahun lalu, kerana mempunyai penyakit darah tinggi, lemah jantung, gout dan sakit sendi kaki.
Sementara itu, jiran, Aini berkata, pelbagai cara dilakukan oleh arwah bagi mendapatkan MyKad untuk anak-anaknya, namun semuanya tidak mendapat maklum balas positif.
“Arwah cakap, dia tidak akan tenang selagi tidak mendapatkan MyKad untuk tiga anaknya yang berusia 13 hingga 17 tahun.
“Arwah pernah beritahu saya, sekalipun dia meninggal, MyKad anaknya mungkin masih tidak dapat diselesaikan,” katanya, semalam.
Menurutnya, kesulitan ini timbul, selepas bekas isteri arwah, warga Indonesia melahirkan anak sulung mereka di hospital dekat sini.
Aini berkata, anak sulung Aziz, Mohd Naim Che Abd Aziz, 17, sepatutnya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Manakala anak kedua Mohd Hakim Che Abd Aziz, 13 tahun dan bongsu Mohd Nazri Che Abd Aziz, 12, sepatutnya menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Katanya, dia cuba untuk membantu mereka, namun pihak berkenaan mahukan surat nikah bagi proses membuat MyKad.
Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan untuk mencari surat nikah, sedangkan mereka berkahwin hampir 20 tahun lalu, malah bekas isteri arwah tidak dapat dihubungi sejak berpisah.
“Kehidupan mereka ketika bapa mereka masih hidup, sudah cukup memeritkan, inikan pula selepas menjadi anak yatim.
“Saya berharap pihak berkenaan sedia membantu saya bagi mendapatkan MyKad untuk urusan pendidikan, seterusnya dalam urusan pekerjaan mereka kelak,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan