1 Rejab 1433H. [MOD] -
PENGENDALI Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah memuji aksi pemainnya walaupun tewas di tangan pasukan tuan rumah, Persebaya FC, 4-1 di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya,Jawa Timur kelmarin.
Berdepan juara Liga Premier Indonesia, beliau menyifatkan perlawanan tersebut sebagai pendedahan berharga buat pemainnya untuk menghadapi baki saingan Liga Super akan datang.
“Pemain telah menunjukkan kesungguhan, terutama pemain simpanan yang jarang diturunkan sebelum ini.
“Matlamat kami di sana bukan sekadar keputusan perlawanan, tetapi kita mahu eratkan silaturahim antara dua pasukan di bawah satu rumpun walaupun berlainan negara,” katanya.
Dalam aksi timbal balik kelmarin, gol tunggal skuad Hoben Jang Hoben dijaringkan Rashid Mahmud manakala Persebaya melengkapkan kemenangan menerusi empat gol yang diledakkan penyerang importnya, Fernando Soler.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan