1 Rejab 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU- Seorang isteri tidak menyangka kesungguhan suaminya meminta supaya menjaga anaknya baik-baik adalah petanda dia akan kehilangannya buat selama-lamanya.
Nor Ain Mohd Ramly, 24, berkata, masih terngiang-ngiang pesanan terakhir suaminya, Suhariza Mohd Shari, 32, kerana itu adalah permintaan yang dilakukannya pada malam sebelum dia meninggal dunia.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, Suhariza yang juga tukang rumah maut apabila kereta jenis Nissan Sunny dipandunya sendirian terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Kampung Padang Tengah, Ketereh.
Menurutnya, dia tidak menyangka pesanan itu adalah amanat terakhir suaminya sebelum pergi meninggalkannya bersama dua anaknya, Mohd Danish, 5 dan Nely Qistina, 4, untuk selama-lamanya.
“Masih jelas di telinga saya, sebelum tidur malam semalam (kelmarin) dia berpesan supaya saya menyayangi anak-anaknya sekiranya pada suatu masa nanti dia sudah tiada lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Suhariza berkata, suaminya keluar sendirian kira-kira jam 9 pagi untuk sarapan di kedai kira-kira 300 meter dari rumahnya sebelum ke tempat kerjanya di kampung berhampiran.
“Saya terkejut beberapa minit kemudian ketika dalam perjalanan ke kedai menjahit pakaian saya menerima panggilan telefon daripada adik ipar memberitahu suami saya kemalangan.
“Saya terus ke tempat kejadian tetapi mendapati orang kampung sudah menghantarnya ke klinik berhampiran sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II,” katanya.
Nur Ain berkata, suaminya disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat serangan jantung dan kegagalan itu menyebabkan Suhariza gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ketika kejadian.
“Memanglah 10 tahun lalu arwah terpaksa meninggalkan latihan tentera kerana disahkan mengidap paru-paru berair. Saya reda dengan pemergiannya biarpun tidak menyangka ianya berlaku dalam sekelip mata,” kata Nur Ain.
Ibu arwah, Noriah Cik Will, 52, berkata, anak ketiga daripada lapan beradik itu adalah seorang yang pendiam dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara sebelum kejadian tersebut.
Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Deputi Superintendan Ahmad Zaki Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan