10 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
ALOR SETAR – Perlawanan akhir Piala FA edisi ke-23 pada 19 Mei ini bakal menemukan naib juara musim lalu, Kelantan dengan pasukan berstatus kelab, Sime Darby FC setelah kedua-dua pasukan tersebut berjaya mengetepikan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir kedua yang berakhir malam tadi.
Kelantan membuktikan kejaguhan sebenar untuk mara ke perlawanan akhir buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun, meski pun sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 ke atas Kedah dalam aksi perlawanan penuh dramatik yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Kejayaan mengikat keputusan seri itu membolehkan The Red Warriors layak ke perlawanan akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama di Kota Bharu pada 21 April lalu.
Dua gol dalam tempoh 15 minit pada babak kedua menerusi jaringan pemain import, Obinna Nwaneri dan Mohammad Ghaddar berjaya memadamkan dua jaringan awal pemain kebangsaan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dihadapan hampir 30,000 penyokong setia Hijau Kuning dalam perlawanan malam tadi.
Seawal minit keempat, Kelantan cemas seketika apabila pemain import Kedah, Vedran Gerc memanfaatkan kesilapan Zairul Fitree Ishak yang gagal menolak tepat kepada rakan sepasukan, namun Nwaneri bijak menutup ruang daripada membenarkan pemain tersebut melakukan rembatan ke arah pintu gol.
Selang tiga minit kemudian, giliran pemain tuan rumah, Khairul Helmi Johari mengulangi kesilapan yang sama dan situasi tersebut pantas direbut pemain sayap, Mohd Nurul Azwan Roya yang membawa masuk bola ke dalam kotak penalti namun percubaannya ditepis keluar penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias.
Kelantan yang menampilkan barisan terkuatnya kembali memberi saingan apabila Mohammad Ghaddar memperdayakan dua pemain pertahanan Kedah, Mohd Fauzie Nan dan Mohd Sabre Mat Abu Kedah namun rembatannya tersasar di sebelah kiri pintu gol pada m-12 perlawanan.
Vedran Gerc sekali lagi hampir meletakkan pasukannya di depan pada m-29 perlawanan menerusi rembatan kencang hasil umpanan cantik daripada Abd Elfatah Safi namun penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pantas melayangkan badan menepis keluar percubaan tersebut.
Khairul Fahmi bagaimana pun tertewas juga di pintu golnya dua minit kemudian. Berpunca rembatan deras Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar diluar kotak penalti, Mohd Khyril Muhymeen bijak melakukan tolakan ke belakang bagi mengelirukan Khairul Fahmi untuk gol pertama pasukannya.
Dua minit sebelum babak pertama berakhir pintu gol Kelantan bolos lagi. Mohd Khyril Muhymeen yang tidak dikawal mudah merempat masuk gol kedua pasukannya setelah menerima hantaran lintang daripada Mohd Fazliata Taib berjaya memerangkap Khairul Fahmi untuk keluar daripada posisinya.
Ketinggalan dua gol sememangnya memberi tekanan kepada barisan pemain The Red Warriors sejurus menyambung perlawanan.
Namun anak buah Bojan Hodak membuktikan semangat juang mereka cukup kental dan hanya memerlukan tiga minit untuk memperoleh jaringan pembakar semangat.
Berpunca sepakan penjuru yang diambil Indra Putra Mahayuddin, Nwaneri yang tidak dikawal melonjak tinggi untuk menanduk masuk tanpa dapat diselamatkan Mohd Helmie Eliza di pintu golnya.
Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan tuan rumah kembali menggandakan asakan seminit kemudian menerusi Mohd Khyril Muhymeen namun rembatan kencangnya hasil umpanan Abd Elfatah Safi diselamatkan Khairul Fahmi.
Dua minit berselang giliran The Red Warriors pula memberi tekanan kepada tuan rumah apabila Mohammad Ghaddar melepaskan rembatan padu di luar kotak penalti namun penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias tampak lebih bersedia menyelamatkan keadaan.
Anak buah Wan Jamak Wan Hassan kembali mencemaskan pintu gol Kelantan pada m-57 perlawanan menerusi sepakan percuma Badrol yang ditanduk kemas Mohd Sabre namun Khairul Fahmi berada tepat di kedudukannya untuk menyelamatkan keadaan.
Asakan bertali arus Kelantan untuk menyamakan kedudukan akhirnya hadir tiga minit kemudian. Mohammad Ghaddar menghukum kesilapan awal benteng pertahanan Kedah yang gagal mengeluarkan bola hantaran Nwaneri dengan menolak masuk lepasi jangkauan Mohd Helmi Eliza untuk gol penyamaan Kelantan.
Ternyata gol penyamaan tersebut memberi tekanan pula kepada pemain tuan rumah. Meski pun kembali melancarkan serangan bertubi-tubi, namun itu tidak cukup bagi pemain Sang Kenari untuk menjarakkan kedudukan apabila benteng pertahanan Kelantan cukup sukar ditembusi.
Ketika sumbangan pemain tengah Kedah, Abd Elfatah Safi kian terbatas, aksi Vedran Gerc yang diharapkan mencetuskan ancaman merbahaya kepada Kelantan juga kelihatan semakin pudar. Kelibat Nwaneri yang sentiasa membayangi pemain import Kedah itu menyukarkan beliau untuk meletakkan bola ke dalam jaring gol Kelantan.
Malah The Red Warriors terus bernafsu lagi untuk menambahkan jaringan, kali ini menerusi gerakan solo Mohammad Ghaddar daripada tengah yang memperdayakan Mohd Fauzie namun rembatan kencangnya ditampan keluar Mohd Helmi Eliza pada m-78 perlawanan.
Minit-minit akhir perlawanan jelas dikuasai pasukan tuan rumah namun itu tidak cukup bagi pemain Sang Kenari untuk memburu gol ketiga sebaliknya percubaan Mohammad Ghaddar yang tersasar menutup aksi kejayaan The Red Warriors mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan