02 Mei 2012

Pentas utama Kuantan Parade terbakar

10 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUANTAN — Pengunjung ke kompleks membeli-belah Kuantan Parade di sini berpusu-pusu keluar selepas sebuah pentas utama di tingkat bawah kompleks itu terbakar semalam.

Ketua Operasi Bomba Dan Penyelamat Balai Kuantan Saijidin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran berkenaan pada pukul 6.12 petang.

Katanya, dua jentera dengan 11 anggota bergegas ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 6.25 petang.

Menurut beliautiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Saijidin berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tinjauan mendapati sehingga pukul 7.30 malam ini kompleks itu masih ditutup kepada orang ramai. — BERNAMA

Tiada ulasan: