10 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU, 2 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan sekiranya ada Bersih 4.0, beliau akan terus memberi semangat kepada rakyat di negara ini untuk menyertainya demi menentang kemungkaran yang dilakukan pemerintah.
Katanya, selagi kerajaan masih melakukan perkara mungkar khususnya dalam melaksanakan pilihan raya yang telus dan adil, Bersih 4.0 dan seterusnya tetap akan diadakan sebagai isyarat perkara mungkar wajib ditentang.
Jelasnya, kerajaan Malaysia sekarang begitu jelas sedang melalui ‘laluan’ yang telah disusuri Hosni Mubarak yang akhirnya tersungkur diguling rakyat sendiri.
“Buatlah apa saja sekalipun, kita nampak jelas sekarang kerajaan Malaysia menuju ke arah itu kerana perara mungkar dan penipuan yang dilakukan oleh pemimpinnya,” ujarnya kepada media pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2011 kali-4 yang diadakan di Putik, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perhimpuan Bersih 3.0 yang diadakan Sabtu lalu mendapat peruntukan dari pemimpin PAS sebagai perbelanjaan.
Ketika ditanya oleh rakan media adakah beliau rasa bersalah dengan mengeluarkan peruntukkan tertentu untuk menjayakan himpunan itu, beliau menegaskan “kenapa saya perlu rasa bersalah”.
Lagipun, tambahnya menentang perkara mungkar itu melalui tiga perkara, iaitu tangan (mengundi), lisan (kempen) dan dalam hati, iaitu mesti juga ada rasa benci kepada mungkar.
Tuan Guru sekali lagi, menegaskan kekecohan berlaku sewaktu Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas kerana tindakan menghalang oleh pihak berkuasa kepada peserta.
“Seperti air yang banyak, kalau disekat masuk kampung merosakkan rumah dan hasil tanaman, tapi, kalau diberi laluan, ianya akan terus menuruni cerun dengan baik dan seterusnya ke sungai atau ke laut,” ujarnya.
Sambungnya, ahli PAS telah dididik dengan akhlak yang baik dan tidak akan melakukan sesuatu yang buruk jika tiada provokasi.
Tetapi menurutnya, ‘baik’ sekalipun andai kepala dipijak, wajib mempertahankan diri kerana ianya maruah yang wajib dijaga.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, seterusnya berkata Bersih cara terbaru rakyat untuk menentang perkara mungkar di zaman moden ini.
“Dua perkara mungkar yang ada pada Umno, iaitu menolak perjuangan Islam yang ternyata mungkar yang tidak ada ampun di sisi Allah,” ujarnya.
Tambahnya, mungkar kedua yang dilakukan Umno dan BN, mengumpul pengundi hantu untuk mengekalkan kemenangan setelah menyedari perjuangannya semakin tidak diterima rakyat, khususnya orang Melayu sendiri.
“Adakah masuk akal kita hanya ada duit RM10,000, nak merompak RM10,000 lagi bagi membolehkan kita membeli kereta berharga RM20,000.
“Beli yang berharga RM10,000 sudahlah, ikut kemampuan yang ada,” ujarnya.
Tambahnya, kerana yakin sokongan rakyat semakin terhakis, Umno menjadikan rakyat luar Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Thailand sebagai pengundi hantunya untuk terus kekal berkuasa.
Sambungnya, ini semua kerja bodoh yang tidak masuk akal sehingga ianya turut menjadi perhatian masyarakat negara luar tentang kepincangan yang dilakukannya parti pemerintah itu.
“Oleh kerana itu untuk membuang mungkar di zaman moden ini dengan demontrasi, saya seru pada rakyat ‘wajib’ pergi Bersih 3.0.
“Ianya lebih baik daripada membuat rusuhan, bakar bendera ramai-ramai sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat negara luar untuk menentang kerajaan, ini bukan budaya kita,” ujarnya.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan