24 Syawal 1433H. [MOD] -
Meningkat Daya Saing Negara?: Tangani bersama ‘Penagihan Tegar’ Umno-BN.
1. Ketika kedudukan Malaysia dalam daya saing global (Global Competitive Report - GCR) yang dilaporkan oleh World Economic Forum (WEF) dalam kajian Global Competitiveness Index (GCI), melonjak dari tangga ke 25 tahun 2010 ke tangga 21 untuk tahun 2011 yakni peningkatan 5 mata. PEMANDU segera membuat kenyataan bahawa program Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan telah berjaya menatijahkan prestasi yang baik.
2. Dalam laporan GCI terkini, bukan sahaja Malaysia tidak dapat mengekalkan kedudukannya pada tangga ke-25, bahkan telah jatuh 4 anak tangga ke kedudukan 24 sekaligus meletakkan prestasinya lebih rendah daripada kedudukannya berbanding sebelum PEMANDU melancarkan program GTP dan ETPnya.
3. PEMANDU telah mensabitkan kejayaan prestasinya dahulu kepada GTP dan ETP, beranikah PEMANDU terangkan kepada rakyat kenyataan bahawa GTP dan ETP yang dikendali PEMANDU telah jelas gagal menambahbaik prestasi daya saing Negara, bahkan sebaliknya menyebabkan penurunannya?
4. PEMANDU yang merupakan kunci penggerak Agenda Transformasi Kerajaan Najib-BN kini, mesti bertanggungjawab menjelaskan apakah dan sebab apakah kejatuhan ini berlaku sekaligus menunjukkan dan mengesahkan bahawa dakwaan Pakatan, pihak NGO dan penganalisis, ada kebenarannya.
5. Metodologi Laporan GCI ini menggunakan 30% data statistik dengan 33 kriteria, 70% data kajian (survey) dengan 78 kriteria daripada pungutan pandangan pihak Eksekutif.
6. Laporan ini juga menekankan aspek faktor-faktor pengupayaan (enabling factors) yang mampu menjana pertumbuhan yang mapan dan bersifat jangka sederhana dan jauh dengan menggunakan 11 tonggak kritikal (pillars) dengan 111 indikator penting.
7. Dengan pencapaian yang tidak memberangsangkan ini, rakyat ingin tahu apakah lagi kelemahan GTP dan ETP yang menjadikannya tidak mampu menjana daya saing yang diharapkan Najib dan pemimpin Umno-BN kini?
8. Lebih khusus lagi, Malaysia mengalami kejatuhan dalam 77 indikator dan penambahbaikan dalam 48 indikator, dengan 23 tidak berganjak atas apa jua sebabnya. Kejatuhan markah Malaysia dari 5.08 dalam tahun 2011 kepada 5.06 tahun ini mengakibatkan juga Malaysia dipintas oleh beberapa Negara seperti Korea, Luxembourg, New Zeland dan UAE.
9. Sementara kita bersedia mengiktiraf PEMANDU dalam apa yang jua yang baik dari segi pencapaian negara (dalam laporan ini), namun yang ketara ialah lebih banyak perkara menyinggung ekonomi dan program transformasi kerajaan, yang nampaknya menunjukkan kemerosotan daya saing.
10. Contoh-contoh kegagalan Negara adalah dalam hal ‘Kedudukan Imbangan Belanjawan Negara’ dalam Strategic Reform Initiatives (SRI) yang merudum dari tangga 110 ke tangga 96, ‘Pengurangan Jenayah dan Keganasan’ di bawah NKRA yang jatuh dari tangga 69 ke 63, dan ‘Kerancakan Persaingan Tempatan’ yang jatuh dari 36 ke 26.
11. Penelitian yang lebih terperinci akan menyerlahkan bahawa indikator-indikator penting yang disebutkan contoh-contohnya ini, mampu memahamkan kita bahawa ‘transformasi ekonomi’ negara bakal gagal kalaulah kerajaan Najib ini hanya ghariah dan cepat untuk mewar-warkan pelbagai projek mega dalam infrastruktur dan pembinaan, sementara gagal meletakkan asas-asas atau penekanan yang lebih kukuh dan mapan dalam menjana pertumbuhan mapan yang bersifat jangka panjang.
12. WEF telah mengenalpasti bahawa antara faktor yang merencat pencapaian prestasi ekonomi sesebuah negara ialah birokrasi kerajaan yang tidak efisien dan system ‘delivery’ yang lemah, rasuah dan ketirisan, ketidakcukupan tenaga berketerampilan dan berpendidikan tinggi, etika kerja yang tidak mantap dan peraturan dan undang-undang buruh yang terlalu menyekat.
13. Sebaliknya pula, negara-negara yang berkedudukan tinggi seperti Switzerland yang menduduki tangga daya saing pertama, diikuti oleh Singapore, Finland, Sweden, Netherlands, Germany, US, UK, Hong Kong dan Japan mempunyai ciri-ciri yang berbeza.
14. Negara-negara ini, berbeda dengan Malaysia, dikesani sebagai memiliki kelebihan dan kelainan seperti persaingan pasaran yang rancak (intense) dan efisien (tidak diherot oleh monopoli dan oligopoli serta amalan kronisme) dan mempunyai iklim serta kerangka bisnes yang mesra dan sangat membantu, di samping mempunyai daya penyelidikan dan inovasi serta kehadiran ramai pekerja ‘berpengetahuan’ dan ‘ enterprising’ (daya keusahawanan yang tinggi).
15. Najib wajar tahu bahawa tidak akan dapat dikeluarkan negara daripada ‘kereputan’ dan ‘kelembapan’ ekonominya akibat telah terlalu dikongkong dengan budaya ‘kronisme’ yang mencekik dan membunuh persaingan sihat dan mengherot pasaran menjadikannya kerap tidak efisien dengan monopoli-oligopoli, dan ‘subsidi yang regresif’ yang menguntungkan golongan yang kaya dan pihak yang punya pertalian politik serta bisnes dengan penguasa BN.
16. Najib wajar tahu bahawa segala cita-cita besarnya tentang transformasi akan gagal seandainya tidak didahulukan dengan Reformasi yang ‘genuine’ dan menyeluruh dalam aspek politik, penambahbaikan institusi-institusi kritikal negara agar benar-benar bebas dan berintegriti tinggi (SPR, SPRM, PDRM, Judisiari) dan etika serta sikap penguasa serta pihak birokrat yang semestinya bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
17. Tidak guna kalau secara zahir komited dengan system ‘Tender Terbuka’, tetapi telah awal awal lagi mengurniakan kontrak kepada kroni seperti dalam kes pemberian kontrak kepada konsortium George Kent dalam RM1 bilion LRT Ampang, mengulangi tabiat lama mengurniakan kontrak dalam kes MRT SBK (Sungai Buloh-Kajang) sedikit waktu dahulu.
Terlalu panjang senarai buruk amalan Umno-BN yang mesti dipertanggungjawabkan. Sampai bila mahu begini? Pemberian pelbagai projek mega MRT, Suruhanjaya Tenaga (EC) dalam pembaharuan kontrak IPP dalam waktu terdekat akan ditunggu semua pihak dan akan dinilai dalam World Competitiveness Yearbook (WCY) oleh Institute for Management Development (IMD) dan ‘Doing Business’ Report (DB) oleh Bank Dunia, disamping GCR oleh WEF.
18. Najib dan BN tidak akan belajar untuk mengalami serta menghayati ‘Reformasi Sebenar’ selagi mereka tidak dikalahkan dalam satu pilihan raya kerana jelasnya keputusan PRU ke-12 belum cukup parah untuk mengajar mereka.
19. Maaf, saya terpaksa sifatkan tabiat Najib-BN ini persis seumpama seorang ‘Penagih Tegar’ yang meskipun telah cuba berubah dengan memakai kopiah dan menunjukkan bahawa beliau telah ‘reformed’ namun sebaik sahaja wujud ‘peluang’, akan terus ‘tersungkur’ akibat daya kekebalan ‘ketahanan’ yang sangat rapuh untuk ‘terjerumus’ kembali buat kesekian kalinya kepada cara dan tabiat lamanya! ‘NFC’ adalah lambang ‘penagihan tegar’ Umno dan ‘PKFZ’ akan menjadi simbol kesepaduan pimpinan BN ‘merompak’ negara.
20. Umno sejak tiga dekad mutakhir ini telah dihinggapi kebejatan Rasuah dan kerasukan tamak haloba sehingga telah menjadi sinonim parti Melayu terbesar ini dengan narratif sedih dan mengecewakan ini. Mengeluarkan negara daripada kebejatan ini bagi memungkinkan daya saing negara dilonjakkan menuntut supaya Umno-BN ditangani terlebih dahulu atau bersama-sama daripada kebejatan rasuah dan salah-guna kuasa yang menjadi kelaziman dan darah-daging sebahagian besar kepimpin tertinggi dan menjangkit hingga ke akar umbinya.
Dr Dzulkelfy Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan