24 Syawal 1433H. [MOD] -
KLANG - “Saya hanya mampu berdoa sebaik melihat zink ruang tamu diterbangkan angin. Dalam masa sama saya memeluk anak, menantu dan cucu kerana khuatir zink diterbangkan angin menimpa kami,” demikian cerita Rosmah Mohd Yusuf, 43, berkenaan detik-detik mencemaskan ketika bumbung kediamannya di Jalan Haji Tahir, diterbangkan angin ketika ribut kuat melanda sekitar Pendamar, kelmarin.
Rosmah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3 petang yang mana ketika itu dia bersama anak, menantu dan seorang cucu berusia dua tahun di kediamannya.
“Sebaik menidurkan cucu, saya berhasrat ke dapur bersama menantu untuk memasak kurma ayam bagi hidangan makan pada petang itu.
“Ketika sibuk di dapur, secara tiba-tiba saya terdengar angin bertiup kencang diiringi bunyi pokok tumbang dan menghempap dinding di bahagian dapur.
“Khuatir sesuatu yang buruk menimpa, saya segera berlari ke ruang tamu bersama menantu,” katanya.
Dalam masa beberapa minit, menurutnya, angin kuat bagaikan puting beliung menerbangkan zink bilik tidur dan ruang tamu sejauh beberapa meter.
“Saat itu, saya memeluk cucu yang tidur sambil berdoa. Hati saya tergamam melihat angin kuat menerbangkan bumbung kediaman. Tidak lama kemudian hujan lebat turun dalam tempoh 40 minit.
“Kami tidak sempat menyelamatkan barangan perabot di ruang tamu dan pakaian di bilik anak kedua kami yang mana bumbungnya turut diterbangkan angin.
“Dalam tempoh itu, air memenuhi lantai bilik tidur hingga paras betis,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya semalam.
Dia berkata, dia dan ahli keluarga lain tergamam dan tidak terdaya untuk berbuat apa-apa kerana semua peralatan basah dimasuki air.
“Suami, Azman Tormudi, 49, dan anak lelaki kedua tiada di kediaman kerana keluar bekerja dan mereka hanya pulang sebaik dimaklumkan melalui telefon.
“Dalam kejadian itu juga, zink diterbangkan angin nyaris menghempap kereta Perodua Kancil milik kami yang diletak di laman rumah.
“Berikutan kejadian itu, kami sekeluarga terpaksa bermalam di kedai kecil milik bersebelahan kediaman kerana khuatir hujan lebat akan berulang lagi,” katanya.
Azman Tormudi berkata, kejadian itu adalah kali kedua menimpa kediamannya sejak dihuni 1995 lalu.
“Bagaimanapun kejadian pertama tidak serius seperti kali ini. Namun hingga kini kami sekeluarga masih menunggu bantuan mana-mana pihak untuk membaiki semula bahagian bumbung yang rosak,” katanya.
Sinar Harian dimaklumkan penduduk di situ, terdapat beberapa bumbung kediaman lain turut diterbangkan, namun tidak serius kediaman Azman dan Rosmah terletak kira-kira 300 meter dari Sungai Pendamar..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan