24 Syawal 1433H. [MOD] -
MARAN - “Hujan air batu lebat dengan angin kencang dan tiba-tiba, mak cik terdengar satu bunyi kuat yang datang semakin dekat sebelum rasa rumah seakan bergoyang ketika kepingan atap zink terkopak diterbangkan angin”.
Demikian kata seorang suri rumah warga emas, Zauyah Bidi, 77, di Kampung Dalam dekat sini yang berhadapan saat getir dalam ketakutan apabila rumahnya dipukul ribut dipercayai membawa hujan air batu kira-kira 7.30 petang, semalam.
Zauyah berkata, dia bersama suami dan seorang anak yang berada di ruang tamu terkejut apabila atap zink rumah mereka berbunyi kuat ketika ditimpa hujan berkenaan.
Menurutnya, bunyi kuat itu menyebabkan dia berada dalam ketakutan kerana tidak pernah mengalami atau berhadapan situasi sedemikian.
“Kalau hujan lebat seperti sebelumnya, atap zink tidak berbunyi kuat tetapi kali ini lain seakan batu-batu halus yang jatuh.
“Dalam ketakutan itu, tiba-tiba terdengar satu lagi bunyi angin kuat yang datang semakin dekat dan tidak semena-mena rumah bergoyang dilanggar.
“Pada masa ini, baru mak cik sedar hujan tersebut adalah hujan berserta ketulan batu halus selepas membanjiri kawasan ruang tamu selepas atap diterbangkan angin kuat,” katanya kepada Sinar Harian.
Zauyah berkata, dia tergamam dan hanya mampu menangis melihat apa yang berlaku namun bersyukur kerana suami dan anak selamat tanpa insiden lebih buruk.
Anaknya, Tarmizi Sulaiman, 39, berkata, menyedari atap zink diterbangkan, dia segera mengalihkan perabot dan barang elektrik daripada rosak terkena hujan.
“Ini kali pertama kejadian teruk sepanjang usia saya membesar di sini dan juga kali pertama merasai hujan manik.
“Hujan seperti biasa (air) tetapi ada ketulan batu kecil,” katanya.
Hanya berdoa
Sementara itu, seorang lagi mangsa di kampung sama, Som Taib, 65, yang tinggal berseorangan ketika kejadian mengalami situasi sama apabila rumah kayu berusia lebih 30 tahun didiami seakan bergoyang-goyang dipukul angin kuat.
Som berkata, hujan manik dengan angin kuat menyebabkan dia rasa ketakutan kerana dua anaknya belum pulang ke rumah.
“Mak cik duduk diam atas katil dalam bilik dan berdoa banyak-banyak agar tiada kejadian buruk berlaku.
“Selepas satu jam, hujan reda dan ketika buka pintu selepas dengar bunyi motosikal anak, baru sedar dua pokok durian tumbang di hadapan rumah.
“Syukur kerana tidak tumbang menghempap rumah,” katanya.
Seorang mangsa di Kampung Pamah, Mohd Sabri Sudin, 28, berkata, kejadian ribut itu menyebabkan sebatang pokok petai berusia lebih 70 tahun tumbang lalu menghempap bahagian ruang makan dapur rumah.
Menurutnya, hempapkan kuat mengakibatkan dinding belakang dan bumbung rosak teruk apabila runtuh keseluruhannya.
“Selepas hantar ayah dan emak ke surau berdekatan, saya balik dan ketika hendak turun mandi, tiba-tiba terdengar bunyi kuat.
“Pada masa sama, rumah seperti bergegar sebelum dapati dinding dekat dapur runtuh,” katanya.
Bapanya yang juga Imam Masjid Kampung Awah, Sudin Pin, 70, berkata, ketika kejadian, dia di surau berdekatan untuk mengajar dan seterusnya mengimamkan solat Maghrib di surau berkenaan.
Menurutnya, ia merupakan kejadian ribut paling teruk namun bersyukur anak bongsunya itu terselamat.
sinar hRIAN/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan