3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
SEORANG imam di Masjid Dato’ Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2
Ledang, Tangkak Johor dipercayai telahdipecat gara-gara menegur satu
aktiviti berkaraokedi dalam kawasan surau.
Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika
beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat.
Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas
menyerahkan surat tersebut.
Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa
telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno
Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak
angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.
Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang
lalu ke rumah imam tersebut memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan
itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut
menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil.
Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta
Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas
sebagai Imam 1 di Masjid Dato’ Abdul Ghani.
Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan
keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun
apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid, mereka langsung tidak
mengetahui tentang pemecatan tersebut.
Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut
dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri
Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens.
Sumber: MiLo SuaM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan