3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
|
SEOUL - Tiga kelasi warga Filipina dan dua rakyat China terbunuh
semalam apabila sebuah bot pengawal pantai Korea Selatan yang dinaiki
mereka karam, kata beberapa pegawai.
Ketika kejadian, bot itu menyelamatkan mereka dari sebuah kapal kargo Shinline yang turut karam.
Seorang jurucakap pengawal pantai berkata, bot itu terbalik ketika membawa 15 anak kapal kargo itu.
Kapal kargo yang didaftarkan di Malaysia dan seberat 5,436 tan itu karam berhampiran Pulau Jeju, di selatan negara ini.
Menurutnya, sebuah lagi bot pengawal pantai yang terlibat dalam
operasi menyelamat kemudian hanya berjaya menyelamatkan 10 kelasi kapal
tersebut.
Kapal kargo itu membawa 13 kelasi warga China dan enam rakyat
Filipina membuat panggilan kecemasan selepas kapal yang dalam pelayaran
ke Singapura itu mula tenggelam.
"Sebuah bot yang digunakan dalam operasi menyelamat itu terbalik kerana ombak kuat," kata jurucakap berkenaan.
Kesemua kelasi dan pengawal pantai yang selamat itu telah dihantar ke sebuah hospital di Jeju. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan