3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Beberapa blog menyiarkan klip video
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob seakan mencabar Orang Asal
bergaduh di pekarangan Wisma Persekutuan, Kuantan pada 17 Oktober lalu.
Ketika itu, sekumpulan Orang Asal (OA) yang terdiri daripada 500
orang penduduk Pahang dari Rompin, Bera, Temerloh, Cameron Highlands,
Maran dan tempat-tempat lain hadir di Wisma Persekutuan di Kuantan untuk
menghantar memorandum bagi pihak orang asal berkenaan dengan isu
tanah.
Sebelum memorandum dihantar kepada pihak MB, Adnan bertengkar dengan
salah seorang lelaki yang hadir, yang menyatakan tidak percaya
kepadanya.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam
Hamid kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku Adnan dan menuntut
beliau memohon maaf dengan OA.
harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan