3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR — Pos Malaysia Berhad mengeluarkan setem dan produk
filateli terbaru bertemakan ‘Pakaian Seragam Posmen’ sempena sambutan
Hari Pos Sedunia.
Tiga reka bentuk setem khas koleksi pakaian seragam posmen dalam
beberapa zaman itu akan dijual di seluruh cawangan Pos Malaysia mulai
Isnin.
Ketua Bahagian Setem dan Filateli Pos Malaysia, Yasmin Ramli berkata,
koleksi itu memaparkan pakaian seragam posmen mengikut perubahan zaman
iaitu pada era 1950-an, 1970-an dan 1990-an sempena Hari Pos Sedunia, 9
Oktober lepas.
Beliau berkata, reka bentuk 1950-an dijual pada denominasi 60sen,
manakala setem bereka bentuk 1970-an dan 1990-an masing-masing dijual
pada denominasi 80sen dan RM1 setiap satu.
"Keluaran setem kali ini membolehkan kita mengimbau kembali pakaian
seragam posmen pada masa lalu terutama pada awal abad ke-20 sehingga ke
hari ini,” katanya pada majlis previu setem berkenaan di sini, hari
ini.-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan