3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
ALOR SETAR - Pemuda Pas Negeri Kedah sedia berdialog dengan Pemuda
Gerakan untuk memperjelas isu berkaitan undang-undang Islam termasuk
hudud, sekiranya mereka masih prejudis terhadap perundangan Islam.
Ketuanya, Ahmad Yahaya berkata, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang tidak harus prejudis mahupun mempunyai stigma bahawa setiap garis panduan atau peraturan Islam yang diperkenal di negeri ini dilabelkan sebagai hudud atau undang-undang syariah Islam.
“Keng Liang perlu berfikir dalam konteks lebih luas, peraturan digubal ke arah kesejahteraan dan keharmonian serta meninggikan darjat manusia perlu disokong. Tidak dinafikan, kita berhak bersuara mengkritik atau membantah, tetapi mesti disusuli cadangan penambahbaikan yang lebih efisien,” katanya.
Menurutnya, sekiranya garis panduan papan iklan Islamik dianggap kecil dan remeh, ini membuktikan Kerajaan Negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) komited memikul amanah lebih besar terhadap hak dan masa depan setiap individu.
“Kami secara terbuka dan sukarela menawarkan kesediaan untuk mengadakan sesi dialog atau berbincang dengan Keng Liang, termasuk sesiapa sahaja dalam usaha memperjelas kekeliruan berkaitan undang-undang Islam agar tidak terus disalah sangka,” katanya.
Ahmad berkata, pihaknya juga kesal berikutan masih ada pihak tertentu yang cuba memanipulasi isu berkaitan hudud atau syariah Islam.

Mengulas mengenai kenyataan Keng Liang dalam Twitternya yang mempersoal
cadangan pemakaian sopan pada papan iklan di kawasan Majlis Bandaraya
Alor Setar (MBAS), Ahmad berkata, kenyataan Keng Liang disifatkan
terlalu lantang seolah-olah menyindir garis panduan itu.
“Saya percaya ramai pihak tidak mahu melihat ibu atau isteri atau anak perempuannya dijadikan produk pemerdagangan atau produk hiasan dalam penampilan tidak sopan. Setiap lelaki budiman tidak akanbiarkan perkara itu berlaku kepada wanita,” katanya.
Katanya, Pemuda Pas Kedah alu-alukan garis panduan baru pemasangan papan iklan seperti diumum Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad dan menyifatkan ia usaha memartabatkan masyarakat lebih bertamadun.
“Usaha itu perlu dilihat secara positif dan disokong kerana ia sebagai penghormatan kepada wanita dan menyekat eksploitasi ke atas kaum hawa,” katanya

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan