KUALA LUMPUR:
Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat mengarahkan supaya seluruh ahli
PAS berpuasa pada Hari Wuquf tanggal 9 Zulhijah 1433 bersamaan 25
Oktober 2012 (Khamis).
Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menjelaskan
hari itu yang mempunyai kelebihan bagi mereka yang berpuasa sebagaimana
sabda Rasulullah SAW. bermaksud "Puasa Hari Arafah: Aku berharap Allah
menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun kemudiannya".
(Riwayat Muslim)
Justeru, beliau meminta semua Lajnah Tarbiah Kawasan menyusun program
dengan baik dan teratur di markaz atau tempat yang difikirkan perlu.
Katanya tentatif program bermula sekitar jam 5.30 petang dengan
bacaan surah Yaasin dan zikir munajat, diikuti iftar jamaie, solat
Maghrib, takbir, tazkirah dan solat Isyak.
“Semoga program ini dapat menjana kekuatan ruhiah dan memohon restu
Allah untuk menghadapi PRU13. Semoga Allah memberi kekuatan, kesihatan,
keikhlasan, memantapkan ukhwah di kalangan petugas dan memberi hidayah
kepada seluruh pengundi insya Allah,” ujarnya.
harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan