17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
PETALING JAYA: Baru berusia sembilan tahun, tapi lima murid tahun
tiga sebuah sekolah di sini sudah berani berlagak samseng apabila
membelit leher seorang rakan sekelas mereka dengan tali pinggang
selain memukul mangsa dengan kasut dan pembaris besi, kelmarin.
Malah, lima samseng cilik terbabit turut mengugut untuk membunuh
serta mencampak rakan mereka itu ke dalam hutan dan mereka berbuat
demikian hanya kerana tidak menyukai mangsa.
Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku jam 1.30 tengah hari di
sekolah berkenaan dan kelima-lima murid terbabit terlebih dulu mengepung
mangsa sekelas mereka ketika berada dalam bilik darjah.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan