17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
LABUAN:
Tragedi kebakaran feri semalam semakin memperkuatkan hujjah penduduk
Labuan, mereka memerlukan jambatan yang menghubungkan mereka dengan
tanah besar di Sabah.
(Orang ramai melihat feri Wawasan yang terbakar)
Ketua Penerangan PAS Labuan, Hadnan Hj. Muhamad berkata, kebakaran
itu menambahkan tekanan agar cadangan ini diterima dan dilaksanakan
Kerajaan Pusat.
Warga Labuan dikejutkan dengan insiden Feri Wawasan yang dikendalikan oleh Labuan Ferry Corporation (LFC) terbakar semalam.
Kejadian berkenaan berlaku sekitar pukul 6.10 pagi semalam.
Kebakaran ini berlaku ketika Feri Wawasan mula beroperasi untuk membawa penumpang dan kenderaan ke Menumbok.
Walau bagaimanapun, mengikut sumber orang ramai dan makluman pihak polis serta bomba ketika insiden berlaku, tiada penumpang dan kenderaan berada dalam feri.
Hanya terdapat beberapa orang Krewferi yang edang bertugas untuk memulakan operasi mereka.
Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman, satu siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengetahui punca kejadian.
Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P. Labuan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memadamkan kebakaran.
Ketua pegawai eksekutif LFC, Samsul Sahari memberitahu bahawa kejadian itu adalah di luar jangkaan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Tiada sesiapa yang cedera ketika insiden berlaku dan berikutan kejadian itu, jadual perjalanan feri ke Menumbok dihentikan buat sementara.
Bagi pihak PAS Labuan, insiden ini merupakan satu lagi kejadian yang memberi impak kepada kehidupan seharian warga penduduk Labuan.
Akibat insiden feri terbakar, perjalanan kenderaan ke Menumbok terpaksa ditangguhkan buat sementara.
Walaupun terdapat feri lain yang masih boleh membawa kenderaan ke Menumbok, iaitu Feri Kimanis yang dikendalikan oleh Juta Bonus (daripada Sabah), tetapi insiden ini sedikit sebanyak mengganggu kehidupan seharian warga Labuan kerana jumlah kenderaan untuk ke Menumbok akan menjadi terhad kerana kekurangan feri.
Menurut Ketua Penerangan PAS Labuan Hadnan Hj. Muhamad, berkata insiden feri terbakar ini merupakan insiden yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana feri ini telah beroperasi lebih kurang lapan tahun dan kapasiti penumpang yang boleh diangkut adalah sekitar 600 orang serta 60 buah kenderaan pada satu-satu masa.

(Peta cadangan pembinaan jambatan antara Labuan dengan tanah besar)
Menurutnya lagi, sebelum ini juga rakyat di Labuan pernah
menyuarakan ‘rasa hati’ mereka untuk mendapatkan jambatan yang
menghubungkan Labuan dengan Tanah Besar Sabah melalui Menumbok, tetapi
tidak pernah ‘dilayan’ oleh pentadbiran pusat (kerajaan).
Kajian juga pernah dilakukan oleh beberapa buah Universiti termasuklah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.
"Lihat sahaja negeri Pulau Pinang,walaupun jambatan Pulau Pinang ada tetapi feri masih lagi beroperasi seperti biasa," kata Hadnan.
Ini juga akan mengurangkan masalah dari segi sumber bekalan lambat sampai akibat daripada feri mengalami masalah rosak atau insiden seperti ini, tambahnya.
Selain itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Labuan, Hj. Basran berkata masyarakat di Labuan amat memerlukan jambatan untuk memudahkan perhubungan mereka.
Jambatan ini juga lebih-lebih lagi perlu untuk merancakkan ekonomi di Labuan berdasarkan kajian yang pernah dibuat oleh beberapa Universiti tempatan.
Walaupun semua sedia maklum, Perdana Menteri telah mengumumkan untuk memberikan diskaun untuk tambang feri di Labuan dalam pembentangan bajet 2013 baru-baru ini.
Jika difikirkan secara logik akal, kenapa peruntukkan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan tidak digunakan untuk membina jambatan Labuan-Menumbok, soal beliau.
Ini kerana Labuan merupakan salah satu tempat perindustrian Oil and Gas dan Perkapalan yang terpenting di Malaysia.
Selain itu, Labuan juga terkenal dengan pusat Pelancongan dan merupakan Pusat Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).
"Masyarakat Labuan perlu berfikir lebih kehadapan, lebih-lebih lagi untuk generasi akan datang," katanya.
Keperluan jambatan merupakan perintis untuk penambahbaikan kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti keperluan doktor pakar di hospital.
Sebagai contoh, negara Turki semakin hari semakin menurun hutang negara kerana pengurusan kewangan yang baik.
Mereka juga memberikan kemudahan yang terbaik untuk rakyat negara mereka dan memberikan perlindungan percuma kepada pelarian-pelarian perang seperti rakyat Syria.
Labuan merupakan salah satu ‘Wilayah Persekutuan’ dan bukannya ‘Kampung Labuan’.

harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan