20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR – Seorang wanita Sarawak yang baru tiba di sini untuk
mengubati penyakit misteri yang didakwa berpunca daripada rasukan
makhluk halus mati selepas tiga jam dia ditemui dalam keadaan parah
akibat terjatuh dari tingkat enam Apartmen Ixora, Jalan Tun Razak, Pudu
di sini kelmarin.
Wong Wei Sing, 54, disahkan mati ketika dirawat di Hospital Kuala
Lumpur pada pukul 5.30 petang selepas mengalami kecederaan parah dengan
kedua-dua belah kakinya patah manakala pahanya cedera akibat terjatuh
tiga jam sebelum itu.
Ketua Polis Daerah Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata,
kejadian itu disedari suami mangsa yang terdengar bunyi hentaman kuat
di kawasan apartmen tersebut.
Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa terjatuh dari
tingkap bilik kedua yang tidak mempunyai jeriji besi dengan
menonggengkan kepalanya ke bawah sebelum terhempas di atas bumbung
tingkat satu bangunan itu.
“Pasangan itu baru tiba di sini dari Sarawak untuk mendapatkan
rawatan mengenai gangguan makhluk halus yang didakwa meresapi wanita
itu.
“Soal siasat mendapati suami mangsa mendakwa isterinya sering
mengalami gangguan itu dan kerap diserang histeria sejak beberapa minggu
lalu,” katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Kosmo/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan