20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
NEW YORK - Kekurangan bekalan petrol dan diesel semalam menjejaskan
usaha-usaha pemulihan di lokasi yang dilanda taufan Sandy pada minggu
lalu.
Bagaimanapun, bekalan elektrik kembali pulih di kebanyakan kawasan Manhattan kelmarin selepas banjir melanda kawasan perumahan.
"Manhattan tidak lagi kelihatan seperti bandar hantu," kata seorang jurucakap syarikat elektrik Con Edison, Bob McGee.
Para kakitangan syarikat itu berusaha untuk memulihkan bekalan di sekolah yang dijangka dibuka semula pada hari ini.
Menurut Gabenor New York, Andrew Cuomo, kira-kira 40 peratus penduduk tidak akan mendapat bekalan elektrik selama seminggu lagi.
Ketiadaan bekalan elektrik itu akan menyebabkan penduduk tidak dapat menggunakan alat pemanas ketika cuaca sejuk melanda.
Menurut Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS), kira-kira 550,000 penduduk tidak mendapat bekalan elektrik di Pulau Long.
Sementara itu, polis di New Jersey meningkatkan angka kematian kepada
22 orang sekali gus menjadikan jumlah korban taufan tersebut di AS
ialah 109 orang.
Para pegawai di sini turut mengumumkan bahawa beberapa buah trak
tentera akan membawa 38 liter minyak untuk diberikan kepada para pemandu
secara percuma.
Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur AS sehingga hampir menenggelamkan bandar raya ini pada Isnin lalu. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan