15 Muharram 1433H. [MOD] -
Muhyiddin dan Najib telah mengulangi keyakinan mereka yang UMNO dan
ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu terutamanya dalam menghadapi PRU
yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata yang UMNO sudah bersedia
untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti pembangkang dengan
perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di setiap
peringkat.
Tetapi saya dan ramai yang lain mengatakan yang UMNO berpecah-belah
dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi apabila saya melihat melalui
kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang ada dan mereka sedang
bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan mengiyakan
semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di Dewan
Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih
berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu.
TETAPI mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja
tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas itu. Jadi jika Najib dan
Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat bersetuju. Tetapi apa
yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya bersatu buat
seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja.
Saya telah terlihat dua tiga orang sahabat saya yang berada di dalam
Dewan Merdeka pagi tadi sambil menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang
lain semasa perasmian Perhimpunan Agung parti itu pagi tadi. Kebetulan
salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya mengajak saya
minum kopi malam ini di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya.
Saya pun menjawab dengan gurauan, “wah, bersemangat betul nampaknya
menyanyi lagu UMNO tadi. I nampak you nyanyi dengan ribuan perwakilan.”
Rakan saya itu menjawab pantas, “Gitulah boss, dah kita diminta
menyanyi, kita nyanyilah, setidak-tidaknya ada juga waktunya kita orang
bersatu. Masa-masa yang lain semuanya berpecah. Masa nyanyi lagu UMNO
itu sahajalah kami dapat bersatu. Cukuplah tu, kan?” katanya kepada saya
melalui sms beliau sedang beliau mendengar ucapan bergegar-gegar
Presidennya itunya itu.
Walaubagaimana pun saya tidak dapat menerima jemputan minum bersama
beliau kerana saya terpaksa memenuhi jemputan berceramah di Tambun,
katanya saya berceramah dengan Rafizi Ramli malam ini. Saya tidak nampak
yang UMNO sudah bersatu kerana penyatuan yang diusahakan oleh parti itu
adalah berdasarkan kepada asas yang amat remeh dan lemah.
UMNO sedar yang masalah besar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah
masalah sabotaj terhadap calon-calon yang sememangnya menjadi budaya
UMNO sekarang ini. Itu sebabnya Dr Mahathir terpaksa melakukan
‘initiative’ untuk memanggil pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan
ikrar dan bai’ah supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti dalam
pilihanraya ini. Itu menunjukkan yang beliau sendiri yakin yang tindakan
mensabotaj calon parti sendiri itu adalah budaya yang berkembang pesat
dalam UMNO.
Bagaimana hendak mengadakan pilihanraya yang mana ahli-ahli UMNO
tidak akan mensabotaj partinya kerana keadaan parti itu sekarang terlalu
rumit untuk diselesaikan dengan baik. Keadaan dan budaya buruk yang
sedang berlaku ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama kerana pimpinan
parti itu tidak mengambil indah terhadap isu ini semasa ia masih belum
pesat berkembang. Pimpinan selama ini mengambil kebaikan rakyat sebagai
kelemahan dan mereka menyangka yang keadaan ini tidaklah sampai ke tahap
seperti sekarang ini.
UMNO merupakan parti yang tidak serius untuk menangani masalah semasa
masalah itu masih kecil. Seperti penyakit ketagihan rasuah yang sedang
dilakukan oleh pimpinan UMNO, mensabotaj parti juga merupakan budaya
yang sudah diketagihi oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap
isu-isu besar dan tidak bersetuju dengan calon-calon yang diturunkan
oleh parti dalam pilihanraya dulu dan yang akan datang. Tindakan
mensabotaj parti itu sudah tidak dirasakan apa-apa oleh pensabotaj ini
kerana ia sudah menjadi perkara biasa.
Bagaimana pun kita tunggulah kesudahan kepada Perhimpunan Agung parti
ini Sabtu depan. Ia tentunya merupakan perhimpunan yang sarat dengan
isu-isu besar tetapi oleh kerana perwakilan telah di tentukan apa yang
hendak diucapkan dan apa yang tidak perlu diucapkan di dalam perhimpunan
ini, tidaklah saya ketahui panas mana atau sejuk mana hasil dari
perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya dan juga perhimpunan
terakhir UMNO sebagai parti pemerintah, mungkin.
Tetapi yang perlunya kita tahu UMNO tidak akan pulih seperti yang
diharapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana keretakan dalam parti
itu serius dan merbahaya. Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa apa
bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan
pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke di bandaraya sehari dua
ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun
semasa Perhimpunan Agungnya itu.
harakah/-
1 ulasan:
Mana nak bersatu? Mamak Kutty mainkan peraanan untuk hancurkan UMporNO.United MAMAK National Organisation UMNO bARU )
Catat Ulasan