TAHAN...dua wanita warga emas dicekup kerana disyaki berkelakuan tidak bermoral di sebuah pusat hiburan.
BUTTERWORTH : Seorang nenek tiga cucu memberi alasan kesempitan wang
sehingga terpaksa bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ketika
ditahan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di Taman Chai Leng,
Perai, di sini. kelmarin.
Nenek berusia 59 tahun itu ditahan sepasukan 15 penguat kuasa
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi cegah
maksiat di beberapa lokasi pusat hiburan berkonsepkan ‘bar korek’, pada
jam 11 malam.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman berkata, ketika
pemeriksaan di sebuah bilik kecil tidak bernombor di belakang premis
itu, pihaknya menemui wanita terbabit bersama seorang rakan lingkungan
50-an sedang duduk dan disyaki menunggu pelanggan di pusat hiburan
berkenaan.
Menurutnya, siasatan mendapati, kedua-dua mereka beragama Islam dan bekerja di premis berkenaan.
Menurutnya, siasatan mendapati, kedua-dua mereka beragama Islam dan bekerja di premis berkenaan.
Katanya, kedua-dua mereka kemudian diberitahu kesalahan dan ditahan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Butterworth untuk diambil keterangan diri.
metro/-
2 ulasan:
Drurat tu.... Kata Masitah
Cari makan susah, tua pun kena kerja !
Catat Ulasan