15 Muharram 1433H. [MOD] -
NIBONG TEBAL - Seorang bayi berusia sebulan maut ditimpa durian semasa
di dukungan ibunya ketika sedang mengangkat pakaian yang dijemur di
ampaian dibelakang rumah mereka dalam kejadian di Kampung Badak Mati,
Sungai Bakap, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, ibunya, Samimi Kasmin, 29,
membawa bersama Mohamad Yusoff itu keluar bersama, ketika sedang
mengutip pakaian, tiba-tiba buah durian gugur mengenai kepala dan
bahunya.
Mangsa merupakan anak sulung kepada pasangan Samimi dan Zainal Abedin, 52.
Panik dengan keadaan itu, Samimi merupakan warganegara Indonesia cuba
mententeramkan anaknya sebelum menghubungi suaminya yang ketika itu
tidak berada dirumah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superitendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, buah durian seberat 2.150 kilogram (kg) itu gugur daripada
pokok lalu terkena kepala mangsa dan bahunya menyebabkan dia menangis
kesakitan.
“Keadaan ini menyebabkan ibu mangsa ketakutan dan dalam masa sama cuba memberikan bantuan dengan menggosok-gosok kepala anaknya itu.
“Samimi kemudiannya bertambah panik selepas mendapati anaknya itu tiba-tiba berhenti menangis dan tidak sedarkan diri sebelum bertindak menghubungi suaminya sejurus selepas itu,” katanya.
Shafien berkata, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia meninggal dunia kira-kira jam 5 petang, sejam selepas kejadian.
Mayat mangsa kemudian dihantar untuk bedah siasat di Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Lama Sungai Bakap petang, semalam.
Difahamkan akibat terlalu sedih dan tidak mampu mengawal diri, Samimi dilaporkan pengsan di perkarangan hospital.

metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan