TAIPING – Demi kasih kepada isteri, bekas Pengurus Cawangan Pos Laju
Taiping, Lan Yoep Noordin, 59 sanggup meluangkan masa selama 18 jam
sehari menjaga dan menemani isterinya yang terlantar di Hospital
Taiping, di sini, sejak setahun lalu.
Lan berkata, semenjak isterinya, Noor Ainon Mohd Saaid, 53 disahkan
lumpuh, kehidupannya bersama tiga anak berusia 20, 25 dan 27 tahun
banyak dihabiskan di wad hospital berkenaan.
Menceritakan keadaan Noor Ainon, Lan memaklumkan, kini isterinya hanya mampu untuk menggerakkan mata untuk berhubung dan tidak kira apa juga keadaan, mereka sekeluarga tetap setia menemaninya sebagai pendorong semangat.
"Hari ini (semalam) genap setahun isteri saya berada di wad dan saya telah gantung sepanduk serta belon sebagai tanda peringatan ulang tahun pertama dia berada di hospital.
"Jujurnya ia bukan satu tanda kegembiraan buat kami tetapi membawa makna sebaliknya. Saya tidak akan bawa Noor Ainon pulang selagi tidak yakin dengan tahap kesihatannya," katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, Noor Ainon disahkan lumpuh kerana mengalami pendarahan
selepas menjalani satu pembedahan tiriod di Hospital Taiping dan mereka
sekeluarga menerima takdir itu secara terbuka.
Dalam pada itu, Lan mengakui agak terkilan dengan kelalaian petugas hospital yang didakwa cuai ketika melaksanakan pemeriksaan susulan.
"Akibat pendarahan dan komplikasi berkenaan, isteri saya terpaksa melalui satu lagi pembedahan. Selepas itu dia mula tidak sedarkan diri serta terpaksa ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
"Kini dia boleh gerakkan mata namun tidak pasti dapat melihat atau tidak. Kami sekeluarga masih menunggu maklum balas pihak hospital berkenaan isu ini," jelasnya.
Dia serta keluarga yang kini menetap di Regat Desa Jaya, Taman Desa Jaya 4, Kamunting masih berharap untuk melihat Noor Ainon pulih seperti sedia kala dan masih boleh bersabar sehingga kini.
"Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang maklum balas berkenaan kes yang menimpa isteri saya ini dalam tempoh masa tertentu, saya akan ambil tindakan susulan bagi menuntut keadilan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman yang dihubungi menjelaskan bahawa beliau sedia maklum tentang perkara itu dan sepanjang tempoh berkenaan Hospital Taiping memberikan rawatan bersesuaian untuk pemulihan.
"Selain rawatan hospital, kami turut berusaha mendapatkan rawatan luar dalam usaha mengubati isterinya.
"Berhubung dakwaan petugas hospital ini lalai serta melakukan kecuaian, buat masa ini siasatan di peringkat kementerian telah selesai dan sejumlah bayaran akan diberikan kepada pesakit. Namun amaun sebenar belum diketahui," jelas beliau.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan