15 Muharram 1433H. [MOD] -
IPOH - Pemandu dan kelindan treler yang membawa muatan serbuk kari
bernasib baik apabila mereka berjaya menyelamatkan diri apabila
kenderaan yang mereka naiki meletup dan terbakar dalam kejadian yang
berlaku di Kilometer 386.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) (arah utara)
malam kelmarin.
Kelindan treler berkenaan, S Rammurthy, 29, berkata dalam kejadian yang
berlaku jam 10.50 malam itu, dia dan pemandu dikenali P Mohandass, 22,
terpaksa memberhentikan kenderaan selepas dikejutkan dengan dentuman
kuat dari arah belakang treler.
Katanya, apabila memberhentikan treler tersebut mereka mendapati bahagian tayar belakang sedang terbakar dan merebak ke muatan.
“Beberapa pengguna lebuh raya serta pemandu lori turut memberhentikan kenderaan mereka untuk membantu kami memadamkan kebakaran.

“Selepas usaha untuk memadam kebakaran menemui jalan buntu, kami segera
menghubungi bomba dan penyelamat untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
Rammurthy berkata, dia bersama Mohandass memulakan perjalanan kira-kira 9.00 malam dari Selayang, Selangor menuju ke Ipoh untuk menghantar muatan serbuk kari.
Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat Tanjung Malim ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima panggilan 11.15 malam kelmarin sebelum tiba 20 minit kemudian di lokasi kejadian bersama sebuah jentera termasuk lima anggota dari balai bomba dan penyelamat Slim River.
Beliau berkata, sebaik tiba, kepala treler berkenaan sudah dipisahkan dari muatan manakala, pemandu dan kelindan treler berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kami mengakui sukar memadam kebakaran akibat asap tebal selain serbuk kari yang memasuki mata dan hidup anggota yang bertugas,” katanya.
Tambahnya, api berjaya dikawal sepenuhnya lebih kurang jam 6.30 pagi semalam selepas lapan jam anggota bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan