Semakin hampir PRU Ke-13, semakin menyerlah kebangkitan PAS Johor,
negeri Muhyiddin Yassin yang bersungguh-sungguh untuk menentang PAS
habis-habisan.
Laporan terkini memberi khabar gembira hampir setiap hari iaitu
bertambahnya sokongan rakyat kepada PAS/Pakatan Rakyat Johor, negeri
yang digahkan sebagai kubu kuat Umno selama ini.
Sabtu, 1 Disember ini akan diadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor
di Dataran Rakyat Parit Saleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat dari jam 3.00
petang hingga 12.00 malam. Dijangkakan puluhan ribu orang akan
membanjiri Dataran Rakyat itu untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi
Pakatan Rakyat – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan
Guru Haji Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin Pakatan
negeri Johor.
Himpunan Rakyat ini dijangka akan menyerlahkan sekali lagi gelombang
kebangkitan rakyat Johor dalam usaha untuk menukarkan kerajaan Umno/BN
yang memerintah lebih suku abad kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
Seperti yang saya katakan dulu bahawa tsunami politik Malaysia
dijangka akan bermula dari negeri paling selatan, iaitu negeri Johor,
kemudian akan melimpah ke negeri lain, khususnya Negeri Sembilan, dengan
negeri Melaka juga dijangka akan mengalami perubahan.
Perkembangan di negeri Johor ini sangat luar biasa, di mana sebuah
negeri yang selama ini menjadi benteng pertahanan Umno kelihatan telah
bertukar wajah dengan mood rakyat yang mahukan perubahan disebabkan
pelbagai isu besar dan kecil.
Antaranya, pengambilan tanah rakyat, pembangunan yang tidak
menguntungkan rakyat tempatan, harga barangan yang melambung naik, yang
tidak mampu ditanggung oleh rakyat tempatan, harga rumah yang tidak
mampu dibeli oleh rakyat, sementara rumah sewa juga begitu mahal.
Bagi rakyat Johor, seperti yang saya tinjau beberapa kali di Muar,
Batu Pahat, Segamat, Simpang Renggam, Labis, Gelang Patah Kota Tinggi,
Endau, Mersing, dan sekitar Johor Bahru, keluh kesah mereka semakin
meningkat, terutamanya harga barang keperluan harian yang melambung.
Setiap hari mereka seolah-olah ‘bertanding’ daya beli dengan pembeli
dari Singapura yang mempunyai dollar bernilai tinggi.
Ini bukan saja dirasai oleh penduduk sekitar Johor Bahru, bahkan
sampai ke Gelang Patah, malah sampai ke Air Hitam dan daerah yang lebih
jauh.
Penduduk tidak melihat ada sebarang usaha konkrit dari kerajaan
Umno/BN negeri Johor untuk menyelesaikan masalah rakyat, dalam masa yang
sama pemimpin politik yang berkuasa hidup bermewah-mewah.
Dalam suasana baru di negeri Johor, jika sesiapa yang datang ke
negeri itu akan mendapati bendera PAS dan Pakatan Rakyat ada di
mana-mana, malah hingga di ceruk kampung yang selama ini diketahui
sebagai ‘lubuk Umno’. Dalam masa yang sama markas PAS besar dan kecil
kelihatan begitu rancak dengan pelbagai kegitan parti siang dan malam.
Mereka benar-benar telah bersiap untuk menghadapi PRU akan datang,
untuk menunjukkan PAS/Pakatan Rakyat negeri Johor mampu membuat
perubahan.
Oleh itu tidak memeranjatkan apabila membaca analisis Pusat
Penyelidikan PAS (PPP) terhadap kajian yang dibuat oleh beberapa pihak
termasuk oleh kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara
(MPN) seperti yang diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin
baru-baru ini, peluang untuk Pakatan Ralyat menawan Johor adalah
seimbang.
Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Masduki, meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai fix deposit Barisan
Nasional (BN) dan kubu kuat Umno, beberapa penemuan hasil daripada
kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberangsangkan.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya baru-baru ini. Beliau
mengulas kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi
Parlimen dalam pilihan raya akan datang.
PPP, kata Dr Zuhdi, menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor
adalah cerah sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik pengundi
Melayu di samping mengekalkan momentum perubahan pengundi-pengundi Cina
di negeri tersebut.
Pola sokongan pengundi di Parlimen ini, katanya, turut mempengaruhi pola sokongan di peringkat DUN.
Berdasarkan analisis PPP, dari segi kawasan DUN di negeri Johor pula,
hanya 26 kerusi DUN di negeri Johor yang dikategorikan sebagai kawasan
putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam.
Kerusi-kerusi DUN yang dikategorikan sebagai putih bagi BN di Johor
ialah Buluh Kasap, Kemelah, Bukit Serampang, Jorak, Serom, Bukit Naning,
Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja,
Penggaram, Senggarang, Mahkota, Kahang, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor
Lama, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.
"Bagaimanapun kedudukan ini, tidak mengambilkira isu-isu terkini
seperti kes RAPID di kawasan Parlimen Pengerang yang melibatkan DUN
Penawar dan Tanjung Surat, serta cadangan menamakan calon Menteri Besar
Melayu oleh PR," tambah beliau.
Menurut pendapat saya, apa yang penting sekarang ini bagi PAS/Pakatan
Rakyat Johor ialah mengekalkan momentum sokongan rakyat yang ada
sekarang, bahkan meningkatkannya dan jangan sekali-sekali membuat
sebarang kesilapan. Over-confidence juga tidak baik.
Saya yakin pimpinan PAS/Pakatan Rakyat Johor mampu membuat kejutan dalam PRU akan datang ini.
harakah/-
1 ulasan:
biasalah duit singapore kan tinggi....so dari segi tukaran dia menanglah...mcm kita dgn thai or indon...kalu kita ke sana mewah lah kita.......
nak bg cadangan apakata Pas buka supermarket kt tempat2 yg dinyatakan di atas utk bantu rakyat jelata mengurangkan beban kos yg tinggi...dan dicadangkan Pas boleh jual dgn harga murah dan patut....dgn cara inilah akan menambahkan lg sokongan pd Pas
Catat Ulasan