4 Safar 1433H. [MOD] -
Hari ini satu alamat besar telah muncul tentang berlaku
pembubaran parlimen.Jika dalam agama islam selalu kita belajar tentang
alamat kecil atau alamat besar bila akan berlakunya kiamat .Maka hari
ini tanda tanda besar berlakunya pembubaran parlimen telah muncul.
Hari ini saya terkejut bila tiba tiba
dua mufti membuka balik cerita lapuk dimana dua orang mufti iaitu Tan
Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi
Wan Teh telah menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga
dekad lalu.
Pelik saya memikirkan kenapa isu
amanat Haji Hadi tiba tiba boleh muncul tak kala semua orang sudah
melupakan tentang amanat ini. Kedatangan dua mufti berjumpa dengan
Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan di PWTC pun menjadi tanda
tanya dan misteri? seperti ada sesuatu agenda yang tersembunyi.
Cukup menghairankan apa pasai amanat
Haji Hadi yang berusia 31 tahun ini dihidupkan kembali ? Saya
yakin semua orang terutama generasi baru telah melupakan amanat ini
dan tak mengambil kisah pun tentang amanat ini .Tetapi hari ini isu ini
sengaja ditimbulkan kembali melalui Mufti seolah olah ada satu agenda
yang tersembunyi yang cuba di bangkitkan oleh Umno dengan
memperkudakan kedua dua mufti.
Terus terang dengan tanpa
berselindung saya mengatakan Mufti Perak ini cakap tak serupa bikin.
Baru semalam ada terbaca satu didalam satu akhbar[gambar] konun beliau
tidak cenderung dengan mana mana parti politik atau badan NGO.
Tetapi hari ini beliau dengan egonya
melangkah ke PWTC berjumpa dengan ketua Penerangan Umno untuk bercakap
pasai Amanat yang sudah basi isunya .Kenapa dia menjadi jurucakap Umno
sedang mulutnya berkata tidak mahu bersekongkol dengan mana mana parti
politik. Pelik pelik !! saya memikirkan bila mana mufti ini duduk
semeja bersama Ketua penerangan Umno di PWTC bercakap dan menyerang
Haji Hadi atau Pas.
"Selagi
seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan
amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. "Itu hanya pendapat melulu dan
tidak berasas," kata Mufti Perak.
Sebagai seorang yang berilmu adakah
dia lupa tentang perkara perkara yang boleh membatalkan syahadah?
Saya tak kata Umno ...tapi untuk semua yang bergama islam kena tau
apakah perbuatan atau tingkah laku yang boleh membawa tergelincirnya
akidah manusia.
Sebenarnya, dalam ucapan Haji Hadi di
Banggol Peradong, Kuala Terenggan pada 1981 yang dimomokkan sebagai
amanat oleh UMNO, Haji Hadi hanya tolong menyampaikan maksud beberapa
Ayat al-Quran, antaranya Ayat 44 - 49 daripada Surah al-Maidah yang
membawa maksud bahawa "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum
yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu kafir (44), zalim (45),
fasiq (47).
Oleh sebab kerajaan UMNO tidak
berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, tetapi berhukum
dengan hukum yang direka cipta oleh manusia [sekular], maka UMNO yang
terasa pedasnya akibat sindiran dari ayat itu.
Kesimpulannya, bukan Haji Hadi yang
mengkafirkan UMNO, tetapi Haji Hadi hanya menyampaikan mesej
al-Quran.Dengan kata lain, Ayat ayat Allah SWT yang mengecap manusia
itu sama ada kafir atau zalim atau paling minimum, fasiq.
Maka isunya disini kenapa Umno
terdesak memangggil kedua orang mufti ini ke PWTC hanya untuk bercakap
dan menghidupkan kembali tentang AMANAT HAJI HADI ?tak lain tak bukan
hanya untuk menjadi senjata pilihan raya untuk Umno.
Saya jamin media talibarut Umno akan
memainkan isu AMANAT HAJI Hadi yang telah di lontak oleh dua mufti ini
semaksimun yang boleh mulai dari hari ini sehingga ke tarikh mengundi.
Umno sebenarnya ketandusan isu untuk menyerang Pas maka Amanat ini di hidupkan kembali untuk dimomokkan kepada pengundi melayu.~ ayuh kita tolak sekular
Umno sebenarnya ketandusan isu untuk menyerang Pas maka Amanat ini di hidupkan kembali untuk dimomokkan kepada pengundi melayu.~ ayuh kita tolak sekular
Tiada ulasan:
Catat Ulasan