KIRUNA, Sweden - Bandar kecil di utara negara ini merancang untuk
menawarkan penerbangan angkasa lepas komersial dalam tempoh sedekad
lagi.
Terletak di kawasan artik, Kiruna dilengkapi sebuah lapangan terbang antarabangsa dengan penerbangan tetap ke London dan Tokyo.
Penerbangan angkasa lepas itu akan dikendalikan oleh syarikat tempatan, Spaceport Sweden dari lapangan antarabangsa di sini.
"Kami sedang berusaha untuk mewujudkan penerbangan komersial dari
Sweden bagi tujuan pelancongan dan penyelidikan dengan membina tempat
berlepas di lapangan terbang tersebut," kata Pengarah Spaceport, Karin
Nilsdotter.
Perancangan itu melibatkan sekumpulan pelancong yang akan terbang
selama dua jam ke angkasa lepas dengan menaiki sebuah kapal angkasa yang
masih diuji.
Kapal angkasa tersebut boleh membawa sehingga enam orang penumpang.
Penerbangan itu akan menghantar para penumpang sejauh 100 kilometer
dari Bumi untuk membolehkan mereka memperoleh pengalaman berada dalam
keadaan graviti sifar selama lima minit. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan