4 Safar 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 17 Disember: Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat)
KEADILAN Pahang mempersoal pelancaran Kapal Latihan Gagah Samudera
milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, pelancaran tersebut
patut disempurnakan seorang yang berjawatan dalam kabinet, ataupun
mengikut protokol kerajaan, bukannya oleh isteri Perdana Menteri.
“Siapa
yang jadi Perdana Menteri, Najib ke Rosmah? Sepatutnya diberikan kepada
Agong ataupun Permaisurinya. Paling tidak, ia harus ikut protokol.
Bukannya kepada isteri Perdana Menteri yang baru empat tahun mentadbir.
“Dia (Rosmah) memang ‘muka tebal’, tak tahu malu. Ini akan buatkan
rakyat bertambah meluat dengan sikap beliau yang akhirnya memberi kesan
kepada Najib (Razak),” katanya ketika dihubungi.
Kapal tersebut diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan
kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera. ‘Samudera’ merupakan
identiti bagi kapal latihan milik TLDM.
Turut hadir pada majlis penamaan dan pelancaran kapal latihan
tersebut di Kampung Sijangkang, Kuala Langat pada Jumaat lalu adalah
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd
Ali.
“Kalau nak dibandingkan Rosmah dengan isteri mantan Perdana Menteri
lain, jauh sekali berbeza. Malah Tun Siti Hasmah isteri yang berwibawa.
“Inilah yang dikatakan lebih sudu daripada kuah. Rosmah suka buat
perkara yang tak patut. Adakah dia Menteri Pertahanan, Perdana Menteri
atau Permaisuri Agong?” soal Fauzi yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang.
keadilandaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan