|
KUCHING - Seramai 20 penduduk Kampung Menjau, Batu 21 dekat sini
mendakwa kerugian wang tunai hampir RM2 juta selepas
terperdaya dengan
tawaran dividen lumayan sindiket skim pelaburan beras yang dianjurkan
oleh seorang lelaki tempatan sejak dua bulan lalu.
Kesemua mangsa menyedari ditipu dalam skim berkenaan selepas mereka
tidak menerima bayaran dividen dalam tempoh dua bulan sebagaimana
dijanjikan oleh syarikat berkenaan.
Mangsa yang tidak berpuas hati tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Maong di sini semalam.
Sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Zeplin Uteh Jacob, 33,
mendakwa menjalankan skim pelaburan beras menggunakan nama syarikat
Dynamic Wira Marketing di Kota Padawan.
Menerusi skim itu, Zeplin menawarkan pulangan wang tunai atau dividen
antara 50 hingga 90 peratus kepada mana-mana individu yang melabur
dalam syarikat itu.
Lebih menarik mangsa tidak perlu membeli beras berkenaan iaitu beras jenama Lim Guan Seng seberat 10 kilogram (kg) sekampit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan